Friday, December 26, 2008

Busy nye aku......

Dah dua minggu berlalu, aku masih lagi terkejar kesana-kemari. Sibuk, mmmm memang aku sibuk sejak kebelakangan ni. Pertama masalah peribadi, dan yang kedua masalah kerja. Sejak anak buah wife aku kehilangan ayahnya, kamilah tempat mereka memadu kasih. Kesian aku tengok. Atas dasar perikemanusian dan tanggungjawab, aku dan wife mengambil keputusan untuk meneman mereka yang seramai 4 orang ni dan juga ibu mereka untuk tinggal bersama-sama mereka dalam jangka masa yang belum di putuskan lagi.

Memang cukup kesian nasib mereka ni. Bukan apa, dia orang ni terlalu manja dengan ayah mereka sehingga pada hari kedua pemergian ayahnya, terjadi satu peristiwa yang aku pun belum pernah tengok secara live, (selalu tengok cerita je) mereka tiba tiba macam tak sedar dan meracau-racau. Katanya ayah mereka panggil. Seram jugak aku dengar. Tapi mujur lah ada satu ustaz datang dan dengan izin Allah mereka pun sedar. Tapi yang kelakar tu, bila dia orang ni sedar, tetiba je diaorang tanye, apsal ramai orang nih...hhehheh. Rasa cam nak 'sekeh' je budak ni. orang punye lah risau dia boleh melawak pulak..

Ok habis bab tu, pasal kerja pulak, hisss lagi rasa tertekan aku. Bukanlah apa, cubalah bayangkan orang lain hujung2 tahun pergi holiday, cuti sana sini, tapi aku kena berperap kat opis siapkan kerja sebab dateline dah dekat sebelum tahun baru nihhh..hissss pening aku. Sampaikan cuti aku pun kena posman opsss silap, posponed sebab keje nak cepat. Ikutkan hati aku, rasa nak berhenti je, tapi kalau berhenti lagi tensionkan. Nak makan apa? hehehe so telan jelah semua kerja-kerja tu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Jadi, kepada kawan2 semua, blog ni aku tak dapat nak kerap sangatlah menulisnya, sehingga kerja-kerja aku di ofis maupun di mana-mana pun, stabil semula. Terima kasih kerana meluang masa anda membaca coretan ini. Semoga hidup anda di berkati dan bukan di selubungi ....MISTERIIIIIII...Sekian. Wassalam.
Continue Reading...

Thursday, December 11, 2008

Cuti...Cara Aku

Hari ni Selangor cuti sebab menyambut hari keputeraan baginda yang ke-61 di Istana Alam Shah, Selangor. Memang aku tak de plan pun nak pegi mana2 cuti ini, sebab pertama wife aku kerja, kedua dah tengah bulan (poket kempis) dan yang ketiga tido lagi sedap ..hehehe.

So, aku pagi-pagi lepas hantar wife, aku singgah jap kat Pelita Nasi Kandar kat Bangsar, pekena tosai cecah kuah kari dengan teh tarik. Lepak kat situ lebih kurang 15minit jugak lah. Suasana agak lengang sikit mungkin sebab Selangor cuti.

Aku rasa buntu, nak call member, biasalahkan musim cuti ni lambat lah bangun. Aku pun start motor terus balik rumah. Jalan raya lengang sikit. Alhamdulilah. Tapi lori pulak banyak. Entah apa projek lagilah agaknya diorang nak buat nih. Kerajaan dah suruh hentikan projek kat lereng-lereng bukit tu aku sokong sangat lah. Dah macam-macam bencana dah berlaku. Semoga menjadi iktibar dan tauladan kepada kita semua.

Sampai kat umah, baru aku teringat yang aku ada keje sikit nak buat. Nak kasi kemas sikit dapur aku tu. Yelah takkan nak suruh wife aje bersihkan. Dia pun keja juga. Betul tak? Berat sama di pikul ringan sama di jinjing.

First sekali, aku buang cermin meja yang dah pecah lebih kurang sebulan kot. Bukan tak nak buang, memandangkan kaca meja tu agak besar jugak, so rumah aku pulak kena turun lift, jadi faham-faham jelah tak kan nak berebut dengan orang dalam lift. Karang tercucuk pulak kaca tu..haru aku! hehehe.

Lepas dah buang semua tu, aku ingat nak alihkan almari kat posisi lain. Tapi banyak pinggan mangkuk kaca kat dalam tu. Rasa malas pulak nak bawak keluar.."Ahh biar dululah nanti baru buat", fikir akulah. So benda tu aku dah cancel la.

Aku terus ke sofa, lepak tengok tv. Bosan pulak. Tak de cerita nak tengok. "Ahh..bukak internetlah", kata aku dalam hati. Aku pun check email aku. Fuhh...banyak betul. Tak larat nak baca. Lama jugak aku tak bukak email ni. Sejak dah berjinak-jinak dalam arena blogger ni..hehehhe.


Lepas tu aku bukak YouTube. Terpandang aku satu movie melayu bertajuk 'SUSUK', tapi bukan susuk yang bersiri tu. Susuk ni yang baru tayang kat panggung kalau tak silap aku dalam tahun ni jugaklah. So, aku pun layanlah sampai habis. Pening gak kepala tengok cerita tu. Tapi bila repeat hujung-hujung cerita tu baru aku faham. Memang misteri lah cerita dia. Bagi aku agak menarik, tapi macam lembab sikitlah. Aku boleh bagi 3setengah bintanglah. Aku ada linkkan dalam Wayang.

Ada satu cerita aku nak rekemen kat korang untuk tengok. Aku rasa ramai yang tengok cerita ni masa dia main kat TV3 dulu. 'Kekasihku Seru'. Cerita ni aku awal-awal dulu tak tengok. Bila dah sampai separuh cerita baru aku follow. Memang layan lah cerita dia. Cerita dia tak delah hantu keluar tak pasal-pasalkan. Cuma cara dia garap cerita tu nak bagi suspen, tu yang buat aku respect dah tertunggu-tunggu tayangan dia. Jadi bila aku jumpa kat YouTube ni aku pun Link kan cerita ni untuk korang yang minat cerita-cerita seram macam aku.



Selain tu banyak juga aku ada update kat LINK blog aku. So kalau berkesempatan tu jenguk-jenguk lah dan pilihlah LINK kegemaran anda. Akhirkata semoga di berkati dan di rahmati Allah. Berwaspada selalu. Jumpa lagi..
Continue Reading...

Tuesday, December 9, 2008

Satu Hari di Hari Raya

Sayup-sayup terdengar gema takbir berkumandang di sana sini. Malam tu aku tido agak lewat, Biasalah malam raya. Kebetulan baru balik dari rumah adik ipar, Sampai rumah pukul 12.00 pagi. Mata tak ngantuk lagi. Aku pun bukak tv la layan cerita yang ada sementara tunggu mata ngantuk.

Lepas tu aku teringat sebelum keluar tu, wife aku ada buatkan aku kopi panas - "mai secawan" yang di letakkan dalam Bekas air tahan panas. So, air tu still panas la. Aku pun layan la kopi tu, sambil menikmat udara sepoi-sepoi dari luar. Habis la satu bekas tu aku balun. mmmm, lepas tu mulalah mata terkebil-kebil je tak mau lelap.

Aku kata. tak leh jadi nihh, esok nak bangun pagi, nak pegi solat sunat aidiladha. Aku kalau boleh tak nak la miss lagi cam tahun lepas. Ingatkan solat pukul 8.30 pagi. entah macam mana dia orang boleh awalkan waktu tu solat pukul 8.00 pagi pulak.Agaknya lembu banyak nak sembelih kot.

Aku dengan selamber rock masa tu datang dengan penuh gaya, mutu dan keunggulannya terus je duduk kat masjid tu ingat nak tunggu solat. tiba-tiba je imam bangun baca kutbah. Ehh..aku tanya kat brother sebelah tu, "dah solat ke"? Brother tu angguk je. "Alamak" kata hati aku. Aku pun dengan selamber terus jelah dengar kutbah tu sampai habis. Lepas tu salam-salam dan balik lah..heheh.

Itu ceria tahun lepas la. Jadi camne nak bagi ngantuk nih. Aku pun ambil la apa2 buku kat loker aku tu, sambil baring aku tenung la buku tu sampai rasa mamai sikit. Tah apa aku baca pun aku tak ingat sedar-sedar dah azan subuh. Aku pun bangunlah, mandi dan selesaikan tanggungjawab yang perlu di selesaikan. Pukul 7.30 pagi aku pun keluar. Cuaca masa tu mendung sikit. Aku ingat nak naik moto pergi masjid so aku standby jelah baju hujan, manalah tau kot2 hujan pulak kang.

Sampai kat masjid orang ramai tengah takbir. Aku pun perhatilah kat papan kenyataan tu. Laa..rupanya solat pukul 8.30 pagi pulak..mmm aku ingat ini mesti kes tahun lepas ramai yang miss solat sunat aidiladha ni, so dia orang tukar balik waktu macam biasa. Selepas solat, khutbah pun bermula. Masa hujung2 khutbah tu tiba2 hujan turun. "Dah agak dah" kata hati aku. Nasib baik dah standby baju hujan. Habis Khutbah aku sarung baju hujan, start moto dan jalan.


Sebelum sampai rumah terhidu pulak bau lemang panas...fuhh sedap nihh.."Hujan-hujan ni kena lemang panas nih, power nihh". Aku berhenti belilah sebatang buat lepas gian je..heheheh. Sampai kat umah aku pun breakfast dengan wife pekena lemang dengan rendang ayam, sup tulang pun ada, nasi impit pun ada, pendek kata layanlah juga.

Tak lama lepas tu jiran pun sampai, aku pun borak-boraklah dengan diorang sampai dia orang balik. Bila petangnya pulak, hujan masih turun lagi. Aku dengan wife pun memang tak de pegi mana. Lepak kat rumah sambil pekena sup dan nasi impit. Lemang yang dah sejuk tu pun aku belasah sampai habis. Sampaikan kucing aku pun bosan tengok aku, sebab selalu jarang ada rumah, hari ni pulak satu hari kat umah.hheheh
Pada malamnya, aku ngan wife lepas kat McD, bukan makan apa pun, French fries dengan air coke je. Saja melepakkan diri sambil perhati gelagat orang yang berbagai rupa, berbagai citarasa dan berbagai gelagatnya.

Begitu jelah kenangan yang dapat di kongsikan bersama anda semua. Yang baik datangnya dari yang Esa, yang kurangnya datang dari diri aku sendiri. Semoga berbahagia selalu, majulah sukan untuk negara. Sekian.

Satu Hari Di Hari Raya - M. Nasir



Lemang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.

Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

Resepi

Bahan-bahan

1. 1 kg beras pulut
2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
3. Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
2. Gulong daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
3. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.
Continue Reading...

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Aidiladha, juga di sebut Hari Raya Haji atau Korban hampir menjelang tiba. Ramai wargakota yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Kena pulak cuti sekolah ni, ada yang ambil cuti tahun ingin beraya bersama keluarga di sana.

Aku tak baliklah tahun ni, bukan pasal banyak keje, cuma aku ingat nak ambik hujung tahun (cukup bulan) baru balik kampung. Dapat duduk lama sikit kat sana. Yelah kadang2 tu bosan gak duduk KL ni. Celik mata je dengar bunyi enjin kete, motor, bas dan sebagainya. Susah dah nak dengar bunyi burung berkicau, ayam berkokok, kambing mengembek, harimau mengaum..opppsss tu tak delah, kampung aku pun rimau dah susah nak jumpa, babi hutan adalah lagi kekadang tu sesat masuk kampung, heheheh.

Di kesempatan ni aku doakan keselamatan kawan2 semua, dan berharap agar berhati2 memandu. Biar lewat asal jangan tak sampai langsung. Insyallah. Dan tidak lupa selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan aku ingin berkongsi sedikit info yang aku ambil dari wikipedia bebas mengenai Hari Raya Aidiladha dan lagu yang cukup popular kalau cuti raya ni, Balik Kampung dari Allahyarham Sudirman. Semoga Sejahtera hendaknya.

Balik Kampung - Sudirman



Hari Raya Aidiladha
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Continue Reading...

Tuesday, December 2, 2008

MAMAK ROTI CANAI SATU.....




Sebut je roti canai, satu malaysia tahu. Memang dah jadi kebiasaan rakyat malaysia ni dengan roti canai, sampaikan wife aku pun dah perli aku macam mamak. Rupa aku pun memanglah ada ala2 mamak sikit tapi....hensem la heheheh..(perasan pulak).

Ingat lagi aku masa kecil dulu, roti canai ni orang makan untuk sarapan pagi je. Lepas dah lama sikit tu orang buat makan malam pulak. Sampai sekarang pulak dah tak ada hari lagi. Bila rasa gian nak pekena roti canai datang je kat kedai mamak, mesti ada punye lah. Mamak dengan roti canai ni memang tak boleh di pisahkan. Di mana ada warung mamak di situ ada roti canai. Tapi mamak jual cendol tak de lah roti canai, janganlah pulak pegi tanye. Nanti tak pasal-pasal kena canai dengan mamak tu. heheheh.

Orang melayu kita pun dah ramai yang pandai buat roti canai. Kadang2 tu lagi sedap lah sehingga tak terkata..."uuuuu uniknya-uniknya uniknya roti canai". Kegemaran aku ialah roti banjir di campur dengan semua kari2 yang ada, minum pulak teh tarik..fuhhhh sedapnye.

Di sini aku ada article nak kongsi sikit dengan korang semua pasal roti canai dan ada lagu dari Ben Nathan "Blues Roti Canai". Semoga Sejahtera hendaknya. Sekian.

Blues Roti Canai - Ben Nathan



Petikan dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Variasi Roti Canai

  • Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
  • Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
  • Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
  • Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
  • Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
  • Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
  • Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
  • Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.
Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template