Saturday, March 28, 2009

AKU DAN KARAOKE

Hari ni aku, wife dan kawan2 gi karaoke. Lama dah tak mengasah bakat kat sini. Tempat aku pergi ni baru gak, tapi puas hati la. Bayar baru rm8 siap dengan makan lagi, fuhh mana nak dapat. Aku ambil nasi lemak siap ayam goreng tu.

Waktu tu aku pergi sebelum pukul 12 tengahari, jadi dapatlah rate murah sikit. Kalau lepas pukul 12 rate dia jadi rm12 pulak la. Tapi makan tengahari tak tau la pulak menu dia, lagi best kot. Jadi kalau ada yang berminat bolehlah pergi 'song box' kat Jaya Jusco Setiawangsa, pasti tak nyesal nye. heheh (iklan kejap).

Oklah, gambar aku tak sempat nak rakamkan, maklumlah aku kalau dah pegang microphone ni, kira dunia ni analah yang punye. hehehehe. Semoga berjumpa lagi..babaiiiiii.
Continue Reading...

Wednesday, March 18, 2009

Kari Kepala ............?????

Cuti sekolah dah bermula. Ramai juga yang mengambil kesempatan mengadakan jamuan atau kenduri pada musim-musim begini. Sabtu lepas aku juga di jemput untuk satu majlis Aqiqah untuk anak buah kakak ipar aku kat rumah dia di Bandar Tasik Puteri.

Memang agak letih gak lah nak 'prepare' resepi kenduri nih. Menu utama hari tu ialah Kari Kambing. Yelah kebanyakan orang kalau buat aqiqah ni dia orang ambil kambing untuk di sembelih. Nasib baik kambing tu dah di sembelihkan di pusat penyembelihan dan di hantar kat rumah, kalau semua buat kat umah abang aku nih, mesti 'pancit' giler la kot! heheheheh.

Masa proses merebus daging tu, aku terpandang satu bongkah yang agak besar di salut dengan usus. Abang aku kata benda tu kepala kambing. Orang kat sini gila makan kambing. Kepala ni dia orang lah yang 'request'. Omakk aiiii, tak de benda lain ke nak makan, kata aku. Tapi selera masing-masing kan.

Pada malam kenduri tu, selepas doa selamat selesai. Abang aku jemputlah semua orang menjamu selera. Lepas tu Abang aku pun keluarkanlah kepala kambing nih. Fuhhh!!! macam giler gaban betul aku tengok dia orang makan. Tak sanggup aku nak pandang, hissss. Habis isi-isi kat kepala tu kena korek. Mata aku tak pastilah ada ke tak, tapi yang aku pasti isi settle, yang tinggal rangka tengkorak je. Hisss..memang hantu kambing betul lah dia orang nih. 'First time' aku dengar orang makan Kari Kepala Kambing, selalunya Kari kepala Ikan je kan. Aku ingat kalau bukan kedai kari kepala kambing kat sini boleh laku kot? hehehehehe.

Oklah untuk tatapan mata, aku sertakan gambar yang sempat di ambil semasa kenduri tuh. Babaiiii.


Ayam yang telah di potong.


Proses mengoreng ayam

Ayam yang telah siap di goreng





Masak sayur labu dan sup ayam




Proses merebus kambing

Proses mengaul bersama resepi rahsia




Beginilah keadaan rangka tengkorak kambing yang tinggal. Keadaan kepala kambing sebelum itu tidak dapat di rakamkan kerana mengandungi unsur-unsur ganas dan tidak sesuai untuk tontonan umum. heheheh..
Continue Reading...

Tuesday, March 10, 2009

Hobi bermusim...

Aku memang banyak hobi. Hobi aku ni kira bermusimlah. Itu pun kira tengok 'mood' dan masa yang aku ada. Kadang2 tu kalau masa ada pun, malas pulak rasa badan. Salah satu hobi aku kalau rajin tu ialah tanam pokok bunga. Dulu aku rajin jugak tanam pokok nih. Yelah jarang kan orang lelaki tanam pokok bunga nih. Wife aku pun minat tanam pokok bunga jugak, tapi selalunya tak hidup lah. Jadi akulah yang terpaksa mengambil jawatan tetap sebagai pekebun bunga yang tak seberapa nih.


Masa aku sibuk kat opis dulu, banyak dah pokok bunga aku nih tak berbaja dan tak bersiram. Harapkan tempias air hujan jelah untuk dia meneruskan sisa-sisa hidup. Adalah dua tiga pasu bunga aku yang mati akibat tak berjaga nih. Jadi minggu lepas aku ada banyak masa kat umah, di sebabkan kesian pulak tengok pokok2 bunga aku nih, aku pun mengerjakannya lah sehingga sedap mata memandang. Aku ni suka tanam pokok-pokok hijau je. Kalau yang berbunga tu aku tak reti nak jaga. Jadi kalau pokok tak berbunga pun tak kisahlah, asalkan daun hijau segar je pun cukuplah, heheheh.


Kat sini aku ada sertakan gambar2 yang sempat di rakamkan semasa acara mengembur tanah dan mencantaskan daun-daun kering. Semoga gembira selalu. Jumpa lagi, babaiiii....





Continue Reading...

Saturday, March 7, 2009

Malaysia, Tanahairku - Gambar sekitar Demo PPSMI

Sabtu 7 Mac, sewaktu aku dan wife dalam perjalanan ke Bangsar, aku dapat saksikan beribu-ribu warga kota bukan hanya dari Kuala Lumpur, tapi boleh di katakan dari Seluruh negeri menghadirkan diri untuk berhimpun dalam Demo PPSMI.

Jalan raya penuh sesak. Nasib baik aku cuma bermotosikal je, jadi tak susahlah nak mencelah-celah dalam ribuan manusia yang terkandas dalam kenderaan masing2. Apa-apa pun, bagi aku perhimpunan ini berjaya membuka mata semua orang, bahawa betapa pentingnya Bahasa Melayu ini sendiri, sehinggakan orang2 yang menjadi idola dalam memperjuangkan Bahasa Melayu seperti A. Samad Said, Ainon Muhamad, Prof. Tajul Ariffin dan beberapa tokoh sasterawan juga kelihatan hadir memberi sokongan terhadap isu ini.

Aku tak nak kupaslah isu-isu ini, kalau nak lebih tahu secara terperinci, tentang rentetan peristiwa ini bolehlah melawat blog ini: - http://tukartiub.blogspot.com/ , atau boleh juga anda lawati laman Blog ini : http://tehranifaisal.blogspot.com/Di sini aku ada sertakan beberapa watak peristiwa yang sempat aku rakamkan sewaktu aku berada di tempat kejadian.

Tak kan Melayu hilang di Dunia, begitulah ungkapan yang biasa kita dengar semasa kita bersekolah dulu, di mana Hang Tuah pernah meluahkan kata-kata ini. Semoga bukan sahaja Melayu yang tak kan hilang bahkan Bahasa Melayu juga tak kan hilang di muka bumi ini, seperti hilangnya Taming Sari yang hanya tinggal hanya nama dan metosnya sahaja. Semoga menjadi renungan bersama, yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri sendiri, semoga berjumpa lagi, babaiiiiii.....







































































Continue Reading...

Wednesday, March 4, 2009

Banjir Semalam

Semalam, sewaktu aku pulang dari kerja dalam pukul 5.45 petang, aku dapatlah menyaksikan banjir yang sungguh tragis jugak lah, yelah mana taknya, banyak kenderaan yang parking dekat kawasan Jalan Pekeling dan sekitarnya di tenggelami air.

Aku sempat jugaklah parking motor aku kat bahu jalan situ sambil mengambil gambar menggunakan handphone yang tak canggih ni, tapi ada lah juga camera, untuk merakamkan peristiwa yang menimpa kawan-kawan kita kat sini. Sepatutnya gambar ni, malam kejadianlah patut aku letakkan, tapi aku punya Memori Card dekat handphone ni tak de SD Card Adapter yang boleh plug kat USB aku nih. Nasib baik petang tadi Abang aku ada pinjamkan aku SD Card Adapter dia, jadi hari ni aku berpeluanglah berkongsi dengan anda semua.



Tengoklah wargakota mengharungi banjir ni, hisss kesian


Jalan sesak pasal ramai dok tengok air naik, termasuklah aku sekali, heheeh




Kereta banyak tenggelam dengan banjir

Kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, di harap bersabar menghadapi dugaan dari yang Esa. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmat di sebaliknya. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan di lindungi dari malapetaka dan musibah yang menimpa. Sekian untuk kali ini. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah salah silap kita sendiri. Semoga berjumpa lagi, babaiiiiiii.
Continue Reading...

Tuesday, March 3, 2009

Barai PC aku....

PC AKU KENA BEDAH SIASAT...


LEBUHRAYA DUKE tapi bukan DUKA



COKLAT...MMMMM NYUM NYUM SEDAPNYEEE

PC aku kena VIRUS!!!! Nasib la aku ada sedikit pengalaman membarai dan mengodek PC yang dah injured macam nih..hisss. Nasib dapat di selamatkan. Alhamdullah. Lepas PC aku dah ok aku lepak kat luar tingkap sambil memerhati Highway DUKE yang baru di buka dalam tahun nih. Siap jugak Highway tu, yelah masa dalam pembikinan hari tuh boleh di katakan tak henti2 bunyi projek tu, hinggakan menganggu suri-suri rumah dan anak2 kecil kat kawasan sini nak berehat terutamanya di waktu tengahari.

Minggu lepas wakil dari Lebuhraya DUKE ni buat majlis makan2 terutamanya untuk penduduk di kawasan aku ni. Yelah kira nak pujuk hati orang2 yang berDUKA dan sengsara dengan bunyi yang bising bagi menyiapkan projek DUKE tuh..heheh.

Sambil duduk2 tu, nasib jugak ada coklat yang wife aku bawak dari outstation tempohari belum di bukak lagi. Aku nih memang kegemaran makan coklat nih. So kalau wife atau aku ke pergi mana2, kalau jumpa coklat mesti beli punya. Tapi tengok yang susah nak dapat la. Kalau macam coklat yang biasa tu, bila2 pun boleh beli kan. Dan satu lagi kalau harga dia murah, lagilah puas hati macam kat langkawi ke, atau mana2 yang bebas cukai tuh..heheheh..Tapi sekarang nih aku dah control lah sikit makan coklat nih, nanti risau lak badan mengembang pulak. Susah lah nanti asyik nak kena control hensem je kan. heheheeh.

Oklah aku nak chows, jumpa lagi babaiiii...


Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template