Tuesday, February 10, 2009

Kenduri Seafood

Cuti lagi, bestnye rasa. Kalau selalu cuti je kan best! hheheheh. Cuti pada kali ini adalah kerana menyambut Hari Thaipusam yang jatuhnya pada hari Ahad dan bermakna cuti hari Ahad tu di sambung ke hari Isnin.

Aku memang dah ada plan untuk cuti kali ni, di mana aku nak pergi ke Kuala Selangor dengan abang aku, untuk membeli udang, sotong, ikan dan yang seumpamanya untuk kami nikmati sepuas-puasnya makanan 'seafood' yang segar dan baru turun dari Jeti ni, untuk di makan kat rumah abang aku di Rawang.



Aku memang cukup puas hatilah bila membeli kat sana, memang murah dan segar-segar lagi, kalau korang tak percaya aku ada sertakan gambarnya untuk tatapan bersama. Jangan cemburu yekk hehehehe..

Malam tu aku betul-betul 'Raya Hindu' dan gila kuasa bila kitaorang membuat udang goreng tepung, ikan goreng dan sotong goreng. Pendek kata semuanya bergoreng dan berkalesterol belakalah. Hinggakan aku tersandar kekenyangan. hehehehehe.. Gambar untuk preparation ni tak sempat nak ambik pasal lapar sangat hingga air liur meleleh bebb...fluppphhh..

Oklah kengkawan, tak de cerita nak tulis ni, jadi kalau korang nak rasa makan seafood murah-murah korang bolehlah ke Kuala Selangor nih, dan bawak balik masak sendiri. Mesti puas hati nya. Boleh berjimat. Kalau masak lebih tu jemputlah datang ke rumah yekk hehehehe.. ok sekian untuk kali ini, babaiiiiiii.

0 ulasan:

 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template