Monday, September 9, 2013

Salam semua

Salam semua. Dah lama aku aku tak update blog ni. Dah lama jugak aku tak menulis dan mengimaginasikan tulisan aku. Sebenarnya bukan tak nak update tapi bila keadaan tak mengizinkan, macam rasa buntu nak menulis, rasa malas nak pikir, rasa mengantuk bila depan PC dan macam-macam alasan lagilah yang di kira boleh membantu aku memberi beribu alasan. Tapi Insyallah, aku ingat nak mula baliklah berkarya dekat blog ni dan aku akan cuba mengupdatekannya dari masa ke semasa. Panjang jugak mukadimah aku untuk kali ni, walaupun ntah apa-apa yang aku merapu tapi sekurangnya dapat juga menceriakan hari anda. hahahaha (lama tak gelak cam nih).

Apa cerita ya! Aku tak naklah tulis sangat pasal isu-isu semasa yg sedang berlaku ni, bukan aku tak nak ambik tau tapi aku lebih suka berkongsi cerita dari pengalaman aku sendiri. Itu lebih memadai bagi aku. Yelah "Aku bukanlah sasterawan negara", (aku pun bukan olahragawan negara) "Aku hanya manusia biasa, menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa".(lirik lagu Ways nih) sambung nyanyi sikit lagi, "Maaf jika ku tak sepeka dia, tak mampu menganyam awan gemawan, menjadikannya selendang untukmu, oh kekasih". Kalau nak feeling tengoklah clip nih..(layan sekejap).

Misi aku untuk tahun ni, kalau bolehlah, ingat nak turunkan berat badan dan istilah lainnya kira diet lah kata orang putih tu. Bukanlah nak kata aku gemuk sangat tapi cuma kembang sikit je hehehe. Dulu masa aku bujang dulu adalah dalam 15 tahun dulu, masa tu badan aku slim gileer, sampai aku sanggup lah beli protin perasa coklat untuk menambahkan berat badan aku ni. Kerja pulak kat Mc D, habis keja melantak burger, minum milk shake dan ayam goreng, pun masih tak naik-naik jugak badan aku.

Tapi bila dah kawin, tak makan pun badan boleh naik. Puaslah aku exercise, lari-lari anak, lari berganti-ganti, lari dalam guni dan juga lari sesuka hati pun tak turun-turun jugak. Hmmm..apa boleh buat. Ingat nak cuba tak makan nasi, tapi sehari tak jumpa nasi badan mulalah start gigil, macam org gian je. haa haa.

Oklah kita jumpa di lain kesempatan, Insyallah, babaiii
Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template