Wednesday, October 21, 2009

Renungan bersama

 Salam, Alhamdulilah bersua kembali kita dalam arena blogger ni. Hari ni aku cuma nak memetik sikit email yang aku dapat dari seorang kawan mengenai peribadi Rasullullah SAW, untuk di jadikan iktibar dan renungan kita bersama. Semoga kita mendapat manafaat dan kebahagiaan Dunia juga Akhirat. Insyallah.


Kisah Rasullullah S.A.W

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
 
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah , aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Akhirkata, semoga bersua lagi di lain masa, jumpa lagi babaiiiiii
Continue Reading...

Saturday, October 17, 2009

salam dunia


Salam,

Bersua kembali dlm arena blogger ni. Alhamdulilah, syukur kehadrat illahi dengan berkat dan rahmatnya, kita masih lagi dapat menghirup udara segar dan aman sentosa sentiasa.

Lama ye aku tak menulis. sejak kedatangan Ramadhan, sehinggalah nak habis syawal ni, barulah terasa nak update blog ni. Apakhabar semua. Mungkin banyak kenangan yang kita alami semasa bulan puasa dan juga Hari Raya tempohari. Masih ada ke lagi serdak-serdak kuih yang tinggal? Atau masih ada lagi bekas-bekas kuih yang tak di buka semenjak beli hari tu..heheheh.

Itulah, kadang-kadang tu kita terlalu mengikutkan nafsu, sehinggakan lupa masih ada saudara islam kita yg di timpa bencana dan dugaan yg maha hebat. Kita di sini, bermewah-mewah, membazir tak kira masa. Memang nafsu sentiasa muda walaupun usia dah senja.


Banyak lagi nak tulis sebenarnya, tapi keyboard aku masalah pulak, tak boleh keluar huruf s,w dan sebahagian lagi, hinggakan huruf-huruf ni aku kena cut and paste pulak. Potong stim sungguh..heheheh.


oklah, berjumpa lagi di lain masa. Insyallah, babaiiiii...



Continue Reading...

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa




Salam, dah lama aku tak update blog ni. sebabnya masa tak mengizinkan. oklah mungkin belum terlambat aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Semasa blog ini di tulis, dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi. Bulan puasa tahun ni, aku berpuasa di kampung. Yelah seronokkan kalau dapat berbuka bersama keluarga di sana. Tapi puasa pada kali ini, aku macam biasa je. Tak adalah makan heavy pun. Kat kampung ni, buah kelapa banyak, jadi tak ada masalah sangat nak cari kelapa muda. Kalau kat KL tu, air kelapa yang di jual dapat cawan tu dah di campur air gula, tapi kalau kat kampung ni boleh petik dari pokok dah kupas sendiri. Itu yang lebih seronok tu.

Mak aku masak simple je, gulai labu dengan sambal ikan bilis. Itu pun sedap dah. Tapi sebelah petangnya aku dan keluarga pergi ke pasar juadah untuk melihat apa yang ada di jual di sana. Macam kat KL jugak, ada ayam percik, murtabak, kuih muih, lauk pauk dan sebagainya. Tapi aku cuma tertarik tengok ayam percik dan air batu yang bermacam2 kaler tu...hheheh. Biasalah kan puasa. Air memang cukup mengodalah..heheh. Aku beli air soya dan lay chee kang. Bila dah campur2 beli tu, tup2 banyak pulak. Hiss rasa menyesal pulak. Nasib bila berbuka, apa yang kami beli tu dapat jugak di habiskan, Alhamdulilah. Tak ada terbuang. Cuma sedikit saki baki kuih yang tinggal. Tu pun tak terbuang sebab kat kampung ada ayam yang akan tolong settle kan.

oklah, setakat ini dulu untuk paparan kali ni. Semoga puasa kali ini lebih bermakna pada kehidupan kita yang akan datang. Sentiasalah kita bersyukur dengan limpah kurnia dari yang Esa. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri sendiri. Selamat menjalani ibadah puasa. Jumpa lagi babaiii..
Continue Reading...

Sunday, July 12, 2009

Video Kenangan

Salam, bersua kita sekali lagi di arena ini. Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi. Semoga semua sihat sentiasa hendaknya.

Hari ini aku nak kongsi video lama yang pernah aku rakamkan suatu waktu dahulu, kira cerita masa bujanglah ni. Masa aku kerja di AMBC (ofis lama aku) kitaorang kira happy go lucky je. Mana taknya, setiap tahun ada saja aktiviti yang di jalankan. Yelah, kalau asyik kerja je tak de aktiviti nak buat, boring jugak kan. Itulah yang boleh mendatangkan stress tu. Silap2 boleh pengsan oiiii...

Video aku ni di rakamkan masa kitaorang pergi family day + treasure hunt di Sebana Johor kalau tak silap akulah, aku pun dah lupa tempatnya. Video ni dulu di rakam dalam tape. Jadi bila dah lama tak tengok, masa aku kemas2 hari tu, jumpa pulak tape ni. Tapi tak banyak dapat di selamatkan. Yang ini saja yang sempat aku salinkan. Manakala yang lainnya kalau sempat nanti aku kongsikan. Memandangkan tape ni banyak dah rosak tayangannya, maka macam filem lamalah gayanya kalau korang tengok. Dan lagi satu, audio dia dah tak jelas, jadi aku rakamkan lagu dari kumpulan Beatles. Harap korang enjoylah ye tengok video clip nih..cewahhh..heheh.

Oklah, semoga berjumpa di lain masa. Majulah sukan untuk negara. Babaiiiiii..

Continue Reading...

Thursday, July 2, 2009

Layan Blues

Salam, bersua kita semula di arena blogger nih. Apa khabar semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Malam semalam, aku lepak sekejap ngan wife kat warung makan di bawah jambatan Highway DUKE di kawasan Ampang Ulu Klang. Tempat dia oklah bagi aku. Walaupun dia terletak di tepi jalan tetapi jika masuk ke kawasan tersebut, kita terasa seperti di kawasan kampung pulak. Mana taknya, dengan pokok dan design gerai makan dia dari kayu, memang rasa macam kampunglah..

Tengah duduk sambil meneguk segelas teh tarik dan makan roti john, manakala wife aku makan keow teow kungfu, kami pula di saji dengan lagu2 lama dalam arena 80an seperti Blues Gang, Sweet Charity, Ibnor Riza dan sebagainya. Tapi ada satu lagu yang aku dah lama tak dengar lagu dari Blues Gang, Cinta oh Cinta. Jadi aku nak kongsi sikit lagu nih dengan korang semua, dan bayangkan lah sambil minum teh tarik pada waktu malam dengan suasana yang tenang dan damai, fuhhh layan beb. hehheeh.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, jumpa lagi babai...


Cinta Oh Cinta - Blues Gang
Continue Reading...

Friday, June 26, 2009

Tonton Drama dan Wayang

Salam, bersua kita semula dalam arena blogging ni. Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi. Baru2 ni aku agak terasa bosan bila nak membaca atau menulis di internet ni. Jadi sepanjang masa tu, aku hanya melayan cerita2 filem atau drama dari youtube. Tiba2 aku terfikir pulak kalau apa kata aku syer cerita yang aku dah tengok dan apa yang kawan2 aku suka tengok, di letakkan di bawah satu blog yang aku namakan DRAMA DAN WAYANG.

Cerita2 ni cuma pautan dari youtube yang di upload oleh pengemar cerita2 dari internet ni. Cuma aku menumpangkan saja pautan di dalam blog aku ni bagi memeriahkan lagi arena blogger yang ada. Di harap kawan2 semua dapat menonton terus dari blog aku ni dan blog ini akan sentiasa di updatekan kepada anda semua. Insyallah.

Jika berkelapangan tu, layarilah laman blog ini : http://dramawayang.blogspot.com

Akhirkata selamat menonton. Sekian babaiiii..
Continue Reading...

Thursday, June 18, 2009

Seminar Blogging Workshop

Salam, lama sungguh aku tak update blog ni. Alhamdulilah hari ini aku ada sedikit kelapangan dan buah fikiran untuk di kongsikan bersama rakan2 sekelian.

Hari ini aku ada cerita yang biasa tetapi kekadang membuat kita terfikir tentang keikhlasan manusia sesama manusia dalam membantu merialisasikan cita-cita dan harapan masyarakat di Malaysia ini.


Semalam aku ada dapat panggilan dari seorang kawan yang mengajak aku untuk mengikuti seminar selama 2 jam mengenai bagaimana menjana pendapatan dari Blogger di Internet. Memandangkan seminar tu percuma maka aku pun kata oklah. Masa seminar tu pun, aku tak berapa busy, jadi boleh pergi lepas waktu kerja nanti.

Masa aku sampai ke tempat yg di janjikan, berjumpa pulak aku dengan salah sorang lagi kawan lama masa kecik2 dulu, pun ada join seminar ni. Dia ni pulak di ajak oleh member aku yang pelawa aku dengar seminar ni. Jadi rasa macam REUNION pulak, walau pun cuma bertiga tetapi itulah antara kawan sepermainan aku macam kecik2 dulu. Haiii...cepatnya masa berlalu.

Sampai kat Armada Hotel, tempat di mana seminar itu di adakan, kelihatan ramai juga yang hadir. Dalam lingkungan 50 orang. Dalam hati aku berkata, hebat jugak ni. Apalah yang akan dia orang kongsikan agaknya ye. Seminar bermula. Intro ok, walaupun speaker dia agak tak berapa confident untuk berucap. Dia pun mulalah menunjukkan beberapa income yang di perolehi oleh Blogger2 yang terdapat di internet dan jenis2 blog yang mendapat tempat dan popular yang biasa di kunjungi oleh pelayar internet.

Agak seronok juga bila tengok orang boleh buat duit dari internet ni, tapi hati mula tertanya-tanya bagaimana pulak nak dapatkan income tu dan nak berdaftar di mana? Itu tak pulak speaker tu ceritakan. Apa yang beliau lebih tekankan, total income yang di perolehi oleh Blogger2 di internet. Rupa2nya di akhir seminar, organizer seminar ni akan mengadakan kelas bagaimana untuk menjadi seperti Blogger2 yang berjaya seperti yang di ceritakan sebelum itu.
Dan kelasnya pulak di bayar sebanyak RM3999 sepatutnya, dan sesiapa yang berdaftar hari itu akan mendapat diskaun di bayar sebanyak RM 2999 kononnya. Kalau tak mampu nak bayar penuh boleh bayar secara bulanan mengunakan Kad Kredit. Omak aiiiii...kata hati aku. Itu baru kelas nya. Confirm ke boleh balik Modal. Bisik hati aku lagi.

Tapi bagi akulah, kalau orang boleh buat duit dari internet dan menjadi jutawan, mesti dia orang tak akan berkongi atau memberi tips 100% tentang kejayaan mereka. Baik dia pulun dulu, bila dah rasa terumbang ambing tu barulah nak berkongi kononnya untuk membantu mereka yang perlu. Tetapi pada hakikatnya, mereka hanya ingin mengecapi kejayaan dan keuntungan semata2.

Moral dari cerita aku ini, tak ada benda yang percuma di dunia ni terutamanya pada zaman sekarang ni. Manusia lebih mengejar kebendaan dan keuntungan dunia sahaja, tanpa memikirkan kesusahan dan kepayahan orang lain yang lebih memerlukan pertolongan.

Jadi akhirkata, janganlah terlalu mengejar dunia, dan akhirnya dunia pulak perlu kita tinggalkan. Carilah ilmu untuk akhirat, agar hidup lebih selamat, tempat yang kekal abadi. Insyallah. Akhirkata semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan di berkati. Semoga berjumpa lagi..babaiiiii...
Continue Reading...

Friday, May 15, 2009

Biar Betul.....Terkena aku!!!!

Salam, berjumpa lagi pada kali ini. Selalunya bila kita bukak cerita pasal MISTERI atau SERAM ke, ramai di kalangan kita yang berminat nak tau lebih lanjut. Macam cerita aku dalam blog minggu lepas -(jangan tegur-kisah benar) telah menarik minat ramai kalangan kawan2 aku yang mengikuti blog ni yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Tapi bagi aku cukuplah setakat tu, sekadar Berita kepada Kawan kan..heheheh.

Tapi pada kali ni, aku ada cerita MISTERI juga, tapi di ceritakan oleh kawan lama aku masa pergi minum2 di Bangsar. Begini ceritanya.....

Kisah ni berlaku tiga tahun lepas, di mana kawan aku ni pernah membawa teksi 'part time' untuk waktu malam je. Yelah duduk KL ni kena kerja keras sikit, katanya. Waktu tu dah kira sebulan dia mengunakan teksi kawannya yang di sewa. Selalunya pukul 1.00 pagi baru sampai rumah. Memang betul punye keras keje nih...heheh, katanya lagi.

Pada satu malam tu, lebih kurang pukul 12.30 malam, dia dalam perjalanan balik ke rumah dari PJ menuju ke Sungai Buluh. Masa tu badan dia agak kurang sihat sikit. Mungkin terlalu berembun atau tak cukup rehat barangkali. Waktu tu, dia tengah layan lagu2 yang heavy metal sikit, nak hilangkan ngantuk katanya. Tapi aku pun tak tau pulak dia minat lagu2 rock. Setahu aku dia ni 'Mat Bunga'. Kalau lagu2 jiwang karat tu, memang kegemaran dia lah, lebih2 lagi lagu 'rindu serindu-rindunya nyanyian Spoon ke Spin, aku pun tak pasti. Tak dapat nak aku bayangkan macam mana dia boleh layan lagu jiwang nih. Tiba2 boleh layan Metal pulak. Mungkin dah lama tak jumpa, angin dia dah berubah kot. Dari Mat Bunga ke Mat Metal, heheh.. fikir aku dalam hati lah.

Berbalik pada cerita yang tadi, masa dia tengah memandu tu, ternampak dia seorang 'nenek' sedang menahan teksinya sambil memegang sesuatu di tangan. Waktu tu pandangan agak kabur. Maklumlah tengah malam. Embun jantan pun mula nak turun. Dia waktu tu terfikir nak berhenti ke tak? Sebabkan rasa kesian dia pun berhentilah. "Nenek nak pergi mana"? dia bertanya sambil menurunkan cermin teksinya. Nenek nak pergi Puchong. Oklah nenek, naiklah nanti saya hantarkan. Lepas tu dia pun gerak.

Dalam teksi lebih kurang 15 minit perjalanan, tak ada apa-apa perbualan pun antara member aku ni, dengan nenek tersebut. Tak lama lepas tu member aku pun bertanya, "Nek, kita dah kat puchong ni, nenek nak berhenti kat mana. Nenek tu diam je. Member aku tanya lagi, nenek tu tetap membisu. Masa tu, dia tengok dari cermin pandang belakang, muka nenek tu seakan berkerut2. Tiba2 member aku terasa berdebar2. Mula terbayang perkara2 yang menakutkan. Bulu roma terasa seakan berdiri.

Perlahan2 dia terbau sesuatu yang busuk, semakin lama semakin menusuk setiap rongga2 hidungnya. Member aku dah tak tahan. Dia cuba perhatikan dari dari cermin belakang. Nenek tu memandangnya, seakan tersenyum sambil menampakkan ruang2 giginya yang jarang. Member aku semakin kecut perut. Kaki dah mula rasa kebas2, tiba2 nenek tu bersuara, anak boleh berhenti kat sini je. sambil menghulurkan duit. Peluh jantan mula terasa, bila nenek tu ketawa kecil sambil perhatikan member aku nih. Sebelum keluar dari teksi, sambil memegang pintu, nenek tu bersuara, "anak, maaf ye! Nenek terkontut tadi, banyak makan tolo(telur) agaknya..

Cisss...biar betul kau ni, terkena aku!!! Masa tu member aku dah gelak gila baban betul. Seronok dia dapat kenakan aku. Ahhh, aku bukan tak tau cerita ni, dah lama orang buat modal dah. Kata aku. Tapi lepas tu aku join gelak jugak dengan dia. Saja ambik hati, nak bagi dia seronok..heheheh. Lepas nih siap kau, kata aku dalam hati..(acah je).

Oklah semua, cerita ni bukan apa2, saja nak bagi sedikit hiburan dan gurauan. Jangan marah yek. Semoga anda semua terhibur dan bergembira sentiasa. Jaga diri baik-baik. Sayangi warga tua..heheh. Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia ni. Akhir kata, jangan biarkan hidup anda di seliputi MISTERIIIIII...Babaiiiii.
Continue Reading...

Monday, May 11, 2009

Jangan Tegur - Kisah Benar

Salam, berjumpa kita lagi di arena blogger nih. Aku ada cerita misteri yang nak aku kongsikan bersama2 anda semua. Cerita ini bukan rekaan, ia di alami oleh aku sendiri bersama wife, abang dan kakak ipar aku. Jadi duduk betul2, tenangkan minda anda, tarik nafas dan baca dengan tenang. Jika bahasa tidak dapat di fahami, jangan betulkan mata anda. Kejadian ni tidak memerlukan stuntman atau special effect. Baca dan fikir-fikirkan lah.......

Jam menunjukan pukul 10.15 minit malam, bersamaan hari jumaat malam sabtu. Waktu tu aku, wife, abg dan kakak ipar aku dah nak bertolak ke kampung. Yelah, lama jugak aku tak balik, jadi kami mengambil keputusan untuk balik bersama pada waktu malam dan pulang ke KL pada hari Ahad. Bermakna ada masa yang agak lama sikitlah kat sana.

Semasa dalam perjalanan, kami pun singgah di Stesyen minyak Ampang, untuk mengisi minyak yang hampir nak habis ni. Setelah minyak penuh dan keadaan fizikal kereta pun tak ada masalah, maka kami pun meneruskan perjalanan semula.

Walaupun dah malam, tapi keadaan kereta di Jalan Ampang masih lagi sesak. Tak tahulah aku samada dia orang baru balik keje ke atau makan malam ke. Tapi yang pasti malam tu memang ramai dan kereta berpusu2 menuju ke destinasi masing2. Sehinggalah kami sampai di menara tinjau yang berada di puncak bukit di Jalan Ampang, yang mana kalau dari sini kita boleh menikmati pemandangan lampu neon dan keindahan kota metropolitan dan di sini jugaklah kalau di perhatikan ramai anak muda memadu kasih yang palsu, barangkali. Sehinggakan jika di perhati betul-betul banyak kereta 'rosak' di sekitar kawasan lereng2 bukit ni.

Kami masih lagi meneruskan perjalanan. Kalau dari Ampang ni perjalanan ke kampung aku, cuma 1 jam 45 minit je. Sambil berborak2 dari cerita pasal ofis, hingga ke cerita wayang semua dah kami ceritakan. Sampaikan waktu tu cerita seram pun ada jugak aku selitkan. Sedang seronok berbual tu, kami terjumpa sekumpulan budak2 kampung menaiki motosikal. Agak susah jugak nak potong dia orang nih. Maklumlah jalan kampung, sempit sikit, budak2 tu bawak pulak bukan tahu nak ketepi. Aku pun perlahan2, ikut ajelah mereka tu sehingga ada peluang memotong di suatu simpang dan akhirnya aku berjaya memotong mereka, seterusnya memandu dengan lancar ke destinasi seterusnya.

Setelah itu aku dapati semua kat dalam kereta nih dah terlentok, letih, yelah masing baru balik ofis lah kan. Tinggal aku soranglah melayan 'blues' sambil di tiup angin dari aircond kereta yang terpasang. Tiba-tiba aku rasa keadaan agak sunyi dari biasa. Dalam fikiran aku cuma fikir kat kawasan kampung memanglah macam ni keadaannya. Hati aku masa tu rasa lain macam je. Tapi aku tak endahkan sangat lah.

Sekali lagi aku terpaksa memandu perlahan sikit sebab ada motor roda tiga di depan aku. Yang agak lucunya, aku tengok 'brother' yang bawak motor tu walaupun boleh muat untuk dua orang tapi, wife dia boleh pergi duduk kat dalam bekas barang motosikal. Aku pulak masa tu pergi tegur pulak, "apa pesen pulak mamat motor nih, ada ke awek dia duduk kat tempat barang tu? Lepas tu aku tengok abang aku macam terjaga sikit, dia pandang lepas tu tertidur balik. Aku terus memotong motor tu. Tapi yang agak ganjil nya, mamat tu macam tak peduli pun aku potong. Gaya dia macam aku ni tak ujud je. Dia buat rilek je, tak de nak ketepi atau pandang kereta ni ke. Aku pun buat selamba jugaklah kan. Dan teruskan lagi perjalanan.

Masa nih mula aku rasa tak sedap hati, pertama aku tak jumpa lagi jambatan simpang ke Ulu Langat. Yang keduanya aku berjumpa dengan sekumpulan orang yang seolah2 baru balik dari kenduri. Ada lelaki, ada perempuan, budak2 pun ada. Yang paling tak masuk akal tu, budak2 tu siap bawak belon lagi. Apa ke jadahnya malam2 buta keluar nih, kata aku lagi. Sekali lagi abang aku terjaga. Dia pun macam terkejut jugak tengok orang ramai2 kat kawasan tu. Dan bila aku mula potong dia orang tu, sekali lagi aku perasan macam kereta ni tak ujud. Mereka tu berjalan tanpa berkata2 sesama sendiri pun. Diam dan tunduk je. Aku pun terus tekan minyak dan berlalu.

Dalam keadaan yang banyak tanda tanya dalam kepala aku ni, terpandang aku satu papan tanda tertulis Pangsun. Dalam hati aku terfikir, tak pernah pulak aku balik kampung lalu Pangsun nih. Tiba2 aku sampai kat pintu gerbang jalan nak menuju ke Gunung Nuang. "Astagfirullah, aku dah sesat. Macam mana boleh jadi macam ni'. Agak kuat jugak suara aku masa tu. Abang, wife dan kakak ipar aku terjaga. Mereka pun terkejutlah bila aku cakap macam tu. Jadi masing2 dah rasa lain macam. Sewaktu nak berpatah balik tu, sekumpulan budak motor yang aku jumpa tadi pun sampai. Salah seorang dari mereka memberi isyarat untuk U turn kat depan sikit. Tapi satu suara pun aku tak dengar dari kumpulan motor ni. Aku pun terus patah balik. Siapa mereka tu, aku tak tau. Dan apa yang dia orang nak buat kat Gunung tu pun aku tak nak tau.

Kalau di fikirkan, waktu aku nak patah balik ni, mesti aku akan jumpa dengan sekumpulan orang yang macam baru balik kenduri tadi tu. Tapi apa yang aku nampak cuma hutan2 dan keadaan yang gelap gelita di sekeliling je. Hiss ...rasa meremang jugak masa tu. Aku masa tu cuma berserah pada Allah dan membaca ayat Kursi semoga di beri jalan agar dapat segera keluar dari keadaan yang misteri ni. Lebih kurang 20 minit baru aku jumpa jambatan ke Ulu Langat seterusnya ke Genting Sempah dan menuju kampung aku di Kuala Klawang.

Alhamdulilah, akhirnya kami sampai di kampung dengan selamat. Cuma agak lewat dalam sejam. Mungkin masa tu aku telah di bawa ke dunia lain, tak tahulah. Apa2 pun peristiwa ini memberi satu iktibar dan kesedaran tentang kekuasaan Allah taala yang mana walaupun aku dah biasa dengan jalan ni, dan kalau tanpa keizinannya kita pun boleh tersesat. Jadi walau kita dalam keadaan apa pun, sentiasalah ingat akan Allah. Semoga cerita ini memberi sedikit keinsafan betapa kerdilnya kita di dunia ini. Semoga anda berbahagia selalu dan jangan biarkan hidup anda di seliputi MISTERIIIIII...Babaiiii
Continue Reading...

Saturday, May 2, 2009

cuti cara aku ! Part 4

Salam, syok betul bila cuti bersambung macam nih. Kali ni aku rasa ramai yang balik ke Kampung masing2. Yelah cuti tiga hari. Tapi aku lain pulak, ingat nak cuti kat KL je. Ingat minggu depan baru balik lah. Nak berehat sambil menonton DVD yang aku dah beli dan baru beli, tapi tak tengok2 lagi.

Hari ni aku dah habis tengok dua cerita, pertama Queen of Langkasuka, kedua X-Men Origins Volverine. Kedua2 cerita nih ada kekuatan dia lah. Cerita Queen of Langkasuka pasal sejarah Langkasuka lah. Yang menarik cerita nih, dia buat pasal watak orang melayu. Ok jugak. Dengan baju dia dan karektor dia, sampaikan watak sultan pahang pun ada gak datang meminang puteri Ungu (kalau tak silap aku nama dia lah). Tapi sayang seribu kali sayang, kalau cerita ni orang kita yang buat mesti lagi menarik pasal dia lebih kepada watak melayu tu. Kat siam pun memang melayu jugak lah kan tapi cakap dia slang siam lah. Kira potong stim kat situ lah hehehe. Mengapalah pengarah kita tak nak buat cerita epik atau sejarah macam nih. Tak confident ke atau takut tak untung. Mmmm ...entahlah, lu pikir lah sendiri..heheeh. Cerita X-Men pulak kira dia flash back watak Volverine nih. Sekarang nih aku tengok dah macam bermusim pulak. Dia orang suka buat cerita ke belakang pulak. Sepanjang yang aku tahu, First yang start Star Wars, kira yang baru sikit nih, Underworld dan sekarang nih X-Men pulak. Lepas nih tah apa pulak lagi. Tapi cerita dia best lah. Sebab aku peminat cerita fantasi, s-fiction, dan seram2. Kalau cerita macam drama2 nih, bila tak de cerita je baru aku layan la..heehhe.

Aku ada 3 dvd yang belum layan lagi. First cerita Iron man, lepas tu cerita Underworld 3, lepas tu cerita Ong Bak 2. Kira cuti nih layang movie jelah aku. Yelah, nak keluar pun sekarang nih musim panas, kena pulak dah macam2 virus kita dengar menular ke serata dunia. Jadi kepada semua, berdoa pada yang Esa agar di kurnia kesihatan yang baik dan di hindarkan dari segala malapetaka yang menimpa. Semoga hidup kita mendapat rahmat dan bergembira selalu. Yang baik selalunya dari Allah, dan yang buruk datang dari diri kita sendiri. Bersama2 ingat mengingati agar tidak terpesong dari landasan iman dan takwa. Sentiasa bersyukur dengan limpah Kurnia Nya. Jaga diri baik2, jumpa lagi ..babaaiiiiii..






Filem Queen of Langkasuka


Filem X-Men Origins Wolverine




Filem Ong Bak 2



Filem Iron Man



Filem Underworld

Continue Reading...

Monday, April 27, 2009

Jangan Tegur

Salam, bersua kembali. Minggu lepas aku ngan wife tak ke luar dari KL lah cuma kitaorang round2 sekitar KL memerhati gelagat dan panorama yang penuh dengan asap2 dan debu2 heheeh.



Mesti korang tertanya apa pulak tajuk Jangan Tegur tu. Itulah hari Ahad lepas aku temankan wife aku pergi Konikunia(kedai buku lah) kat KLCC. Aku tahu sekarang ni ada Jualan Buku kat PWTC. Kita orang pergi gak hari sabtu tu, orang punye lah sesak. Maklumlah kawasan tu memang agak sempit sikit, hari pulak panas. Kena parking jauh sikit pasal parking penuh. Bila sampai je kat sana, punyalah sesak macam pasar malamlah pulak. Pening kepala aku. Hiss teruk betul aku rasa arrangement dia tahun nih.. Macam asal siap je cara aturan dia. Pusing punya pusing satu buku pun tak de yang berkenan. Yelah, tak dapat nak belek2 sebelum beli. Kesudahannya balik rumah je lah. Tulah keesokannya tu, aku pergi kedai buku, lepas tu pegi tengok wayang. Cerita apa? Jangan Tegur.



Sebut pasal cerita Jangan Tegur nih, aku nak komen lah cita dia. Sebenarnya aku ni memang peminat cerita2 seram. Kalau dengar ada cerita seram, tak kira Inggeris ke, Thailand ke, Jepun ke, Korea ke, mesti aku layan nyer. Waima cerita indon pun aku layan gak..hehehhe. Jadi aku ingat cerita Jangan Tegur ni mesti lagi seram dari Jangan Pandang Belakang. Bagi aku cerita Jangan Pandang Belakang ni memang agak seram. Pertama, idea dia original dan berkisar tentang kehidupan masyarat kat Malaysian nih, dan hantu2 dia pun lebih kepada yang biasa kita dengar dalam masyarat Malaysia ni. Yang kedua, kejutan dia tak sepanjang masa, kira kejutan tu datang pada keadaan yang tak di duga. Itu yang buat terkejut badak tu heheh.



Cerita Jangan Tegur nih pulak, bagi aku starting dia agak seram jugak. Sewaktu tu dia tunjuk nenek kepada Hamidah (kalau tak silap aku nama dia) meninggal dunia. Maka ramailah jiran datang bertandang kat rumah si mati ni tadi. Kejadian tu jadi waktu malamlah. Yelah biasanya mesti bila ada kematian ramai saudara mara atau jiran yang tunggu sampai pagi. Ini tak, dia orang boleh balik. Yang tinggal Pakcik dan Makcik serta Hamidah berserta jenazah kat rumah tuh...memang lah jadi suspen giler. hisss mengarut betul pengarah dia nihh. Kejutan yang nak dia buat tu pulak boleh kata kerap sangat, sampai terkejut yang tadi tu tak sampai lagi dah nak terkejut kat orang, memang potong betullah hissssss.



Yang kedua nya pulak, idea dia tak original lah. Hantu cam rupa cerita the ring pun ada, cerita aku tak ingat cerita inggeris tu tajuk apa tapi pasal kerasukanlah. Kalau korang ingat cerita inggeris yang paderi dia masuk dalam bilik awek yang kena rasuk untuk ubatkan dia tu, sama je dengan cerita ni, sampaikan karektor dan perangai hantu tu pun lebih kurang lah jugak. Itu yang potong stim tu. Sampai hilang seram bila faktor2 ciplak idea ni ada kat filem cam nih, aku rasa seperti membuang masa, duit dan tenaga je pergi tengok cerita nih. Tapi tak pelah hanya menyokong industri filem tempatan. Di harap di lain masa jika ada cerita2 seram macam nih, janganlah terpengaruh dengan cara idea filem luar, sebab cerita, misteri dan intiti yang terjadi kat tempat kita lebih seram sehinggakan, misteri nusantara sendiri pun tak dapat mengupas dan merungkai kejadian2 aneh yang berlaku. Jadi semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera, ceria sentiasa dan jangan biarkan hidup ada di belenggu ....MISTERIIII.. Babaiiiii

FILEM JANGAN TEGUR

Apa yang jangan tegur pun aku tak tau. Bila tegur pun hantu tu datang, tak tegur pun hantu tu datang hissss..Lepas nih aku ingat dia buat cerita Jangan Tanya pulak. Senang nak jawab. Bila orang tanya cerita apa? Jangan Tanya ..hehheeheh

Continue Reading...

Monday, April 20, 2009

Dari KL ke JB

Salam, berjumpa lagi pada kali ini. "Sakit pinggang aku, pandu..dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru. Untuk pergi bertemu dia, sesekali pabila cuti hujung minggu, tak pernah ku jemu.", itu lah antara bait2 lagu yang pernah di popularkan oleh ANN (kalau tak silap akulah) yang mengisahkan tentang orang jatuh cinta sanggup ulang alik dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru. Haaa., itu kisah orang jatuh cinta, tapi aku lain pulak kisahnya.

Sabtu dan Ahad lepas aku sibuk sikit, bukanlah sibuk kerja ke apa, tapi sibuk dan menyibukkan diri, heheh. Pertama aku sibuk sebab terpaksa menemankan wife aku ke Johor Bahru. Dia kena kerja sikit memandangkan ofis dia ada terlibat dalam Minggu Amanah Saham Malaysia 2009 atau MSAM 2009. Nak tau lebih lanjut apa MSAM 2009 ni boleh lah klik di sini -----> MSAM 2009. Wife aku terlibat untuk dua hari nie je, hari yang lain tu, akan di ganti mengikut giliran yang di tetapkanlah.

Yang kedua aku menyibukkan diri sebab tak ada apa2 pun aku buat, cuma meramaikan je orang yang dah sedia ramai kat sini, heheheh. Masa wife aku sibuk, aku kerja round2 kat dalam tu sambil mengambil bahagian dalam peraduan yang di sediakan oleh PNB kat sana. Peraduan dia tak lah susah sangat. Ada sepuluh soalan. Cuma jawapan dia kena cari dan baca pada paparan yang ada pada setiap dinding-dinding kat situ. Saja je menyibukkan diri. Kalau tak boring pulak kan! Hadiah dia ok beb, first prize rumah berharga RM 350,000. Tapi aku tak harap pun. Kalau tak dapat pun tak kisah tapi kalau dapat tu biarlah first prize heheheheheh. Gurau je.

Selain tu tak ada apa yang menarik sangat untuk di kongsi bersama, sebab perjalanan pun memakan masa hampir 4 jam untuk sampai di JB ni. Jadi tak banyak aktiviti luar boleh di lakukan, letih beb! Ingat nak pergi ronda2 kat Danga Bay masa lepas kerja tu. Sebab masa tak mengizinkan, lepas pergi makan terus lepak hotel semula. Itu pun dah pukul 12.00 malam.

Kat sini adalah sedikit gambar2 kenangan semasa berada di sana. Tapi gambar aku tak ambik pulak, dok sibuk ambik gambar orang je. heheh. Untuk semua, semoga berjumpa semula. Jangan nakal2, babaiiii...




Antara persiapan yang di buat sehari sebelum acara bermula



'Along' yang paling kaya kat Malaysia nih..heheehhe


Plaza Angsana berdepan dengan kawasan MSAM 2009
Continue Reading...

Tuesday, April 14, 2009

LEMBAGA DI INTERNET???

Salam. Berjumpa kita lagi di arena blogger ni. Jangan terkejut pulak dengan tajuk pada kali ini. Ini bukan cerita seram macam "jangan tegur", "jangan pandang belakang" atau Pontianak Harum sundal malam, tapi jangan risau, ini Lembaga sudah jinak, sudah lama dia kasi 'training' Jangan marah ..hehehhe.

Itulah dia Lembaga Hasil Dalam Negeri, atau singkatannya LHDN. Aku bukan apa cuma nak kasi ingat la, kepada sesiapa yang lupa ke, buat2 lupa ke, marilah kita bersama menunaikan tanggungjawab kita membuat taksiran cukai pendapatan, dan seterusnya membayar cukai pendapatan (kalau kena bayar la, kalau tak. yahoo..alhamdulilah tak habis duit..heheh). Sekarang ni dah mudah, Klik2 aje. macam kata iklan tu. Aku dah tiga tahun pakai E-Filing ni, mudah beb. Tinggal lebih kurang 16 hari lagi ni nak cukup bulan. Apa di tunggu lagi. Kalau kita tak cari 'Lembaga' ni, nanti 'Lembaga' ni cari kita pulak, haru biru..heheehhe. Oklah semoga menjadi Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Sekian semoga berjumpa lagi, babaiiiiii...


P/S- Kepada yang tak tau alamat LHDN klik di sini, https://e.hasil.gov.my/




Antara resit2 yang aku kumpul selama setahun untuk 'cover' cukai taksiran 2008. heheh.
Continue Reading...

Sunday, April 12, 2009

Ulangtahun Deeber's

Ulang tahun Deeber's bermula lagi untuk tahun 2009. Macam tahun lepas gak, kitaorang berkumpul dan beramah mesra bersama siapa lagi kalau bukan kak Adibah kita. Walaupun aku bukanlah sentiasa aktif dalam forum atau mana-mana aktiviti yang di anjurkan bersama Deeber's, tapi Ulangtahun Deeber's selalunya aku join gak. Yelah kalau selalu sangat jumpa member2 Deeber's ni, tak syok lah kan, tapi kalau sesekali dapat jumpa, baru ada rasa ekslusif nya tu...heheheh. Aku pun macam Kak Adibah jugak. Bukan senang nak jumpa aku. Kira aku ni macam artis lah juga, cuma aku nyanyi dalam bilik mandi dan karoke jamban je..hehehehehh.

Tahun ni tema dia merah hitam. Lokasi pulak kat Chilli di PJ Hilton. Lebih kurang samalah dengan warna tempat Chilli tu. Sama pulak dengan baju waiter dan staff kat situ. hehhe meriah nampak. Nasib baik kitaorang kenal sesama sendiri, kalau tak, mesti confused mana waiter dengan Deeber's pulak..kan kan kan. Makan sedap, tapi aku kena tolong jaga audio pulak. Jadi tak dapat nak menjamu selera sepuas hati le. Tapi tak pe, asalkan semua 'happy', aku pun 'happy' gak. hehehe.

Kat sini adalah beberapa gambar yang sempat aku klik masa tu, tak banyak dapat klik. Lagi satu tak dapat nak download banyak gambar, sebab internet slow giler le. Apa2 pun semoga gembira selalu. Jumpa lagi babaiiii.

P/S - Kalau nak tengok lagi gambar2 tu, bolehlah lawati laman web ini, http://www.jom2c.com lepas tu klik jom photo, dan cari Deeber's Anniversary 3. Sekian.

Berposing sebelum acara bermula...


Gambar lokasi sebelum acara bermula

Sebilangan Deeber's yang tak puas2 bergambar


Kek yang di bawa oleh salah seorang dari Deebers


Alamak!!! Famouslah aku lepas ni, bergambar bersama artis pulak..heheheeh

Gambar dari http://www.jom2c.com

Adibah sedang menghiburkan Deeber's. Kat belakang tu Penari Latar ke, Pelawak Latar... hehehehe. By the way, semua sporting. Wa Caya Lu laaa.

Gambar dari http://www.jom2c.com

Continue Reading...

Saturday, March 28, 2009

AKU DAN KARAOKE

Hari ni aku, wife dan kawan2 gi karaoke. Lama dah tak mengasah bakat kat sini. Tempat aku pergi ni baru gak, tapi puas hati la. Bayar baru rm8 siap dengan makan lagi, fuhh mana nak dapat. Aku ambil nasi lemak siap ayam goreng tu.

Waktu tu aku pergi sebelum pukul 12 tengahari, jadi dapatlah rate murah sikit. Kalau lepas pukul 12 rate dia jadi rm12 pulak la. Tapi makan tengahari tak tau la pulak menu dia, lagi best kot. Jadi kalau ada yang berminat bolehlah pergi 'song box' kat Jaya Jusco Setiawangsa, pasti tak nyesal nye. heheh (iklan kejap).

Oklah, gambar aku tak sempat nak rakamkan, maklumlah aku kalau dah pegang microphone ni, kira dunia ni analah yang punye. hehehehe. Semoga berjumpa lagi..babaiiiiii.
Continue Reading...

Wednesday, March 18, 2009

Kari Kepala ............?????

Cuti sekolah dah bermula. Ramai juga yang mengambil kesempatan mengadakan jamuan atau kenduri pada musim-musim begini. Sabtu lepas aku juga di jemput untuk satu majlis Aqiqah untuk anak buah kakak ipar aku kat rumah dia di Bandar Tasik Puteri.

Memang agak letih gak lah nak 'prepare' resepi kenduri nih. Menu utama hari tu ialah Kari Kambing. Yelah kebanyakan orang kalau buat aqiqah ni dia orang ambil kambing untuk di sembelih. Nasib baik kambing tu dah di sembelihkan di pusat penyembelihan dan di hantar kat rumah, kalau semua buat kat umah abang aku nih, mesti 'pancit' giler la kot! heheheheh.

Masa proses merebus daging tu, aku terpandang satu bongkah yang agak besar di salut dengan usus. Abang aku kata benda tu kepala kambing. Orang kat sini gila makan kambing. Kepala ni dia orang lah yang 'request'. Omakk aiiii, tak de benda lain ke nak makan, kata aku. Tapi selera masing-masing kan.

Pada malam kenduri tu, selepas doa selamat selesai. Abang aku jemputlah semua orang menjamu selera. Lepas tu Abang aku pun keluarkanlah kepala kambing nih. Fuhhh!!! macam giler gaban betul aku tengok dia orang makan. Tak sanggup aku nak pandang, hissss. Habis isi-isi kat kepala tu kena korek. Mata aku tak pastilah ada ke tak, tapi yang aku pasti isi settle, yang tinggal rangka tengkorak je. Hisss..memang hantu kambing betul lah dia orang nih. 'First time' aku dengar orang makan Kari Kepala Kambing, selalunya Kari kepala Ikan je kan. Aku ingat kalau bukan kedai kari kepala kambing kat sini boleh laku kot? hehehehehe.

Oklah untuk tatapan mata, aku sertakan gambar yang sempat di ambil semasa kenduri tuh. Babaiiii.


Ayam yang telah di potong.


Proses mengoreng ayam

Ayam yang telah siap di goreng





Masak sayur labu dan sup ayam




Proses merebus kambing

Proses mengaul bersama resepi rahsia




Beginilah keadaan rangka tengkorak kambing yang tinggal. Keadaan kepala kambing sebelum itu tidak dapat di rakamkan kerana mengandungi unsur-unsur ganas dan tidak sesuai untuk tontonan umum. heheheh..
Continue Reading...

Tuesday, March 10, 2009

Hobi bermusim...

Aku memang banyak hobi. Hobi aku ni kira bermusimlah. Itu pun kira tengok 'mood' dan masa yang aku ada. Kadang2 tu kalau masa ada pun, malas pulak rasa badan. Salah satu hobi aku kalau rajin tu ialah tanam pokok bunga. Dulu aku rajin jugak tanam pokok nih. Yelah jarang kan orang lelaki tanam pokok bunga nih. Wife aku pun minat tanam pokok bunga jugak, tapi selalunya tak hidup lah. Jadi akulah yang terpaksa mengambil jawatan tetap sebagai pekebun bunga yang tak seberapa nih.


Masa aku sibuk kat opis dulu, banyak dah pokok bunga aku nih tak berbaja dan tak bersiram. Harapkan tempias air hujan jelah untuk dia meneruskan sisa-sisa hidup. Adalah dua tiga pasu bunga aku yang mati akibat tak berjaga nih. Jadi minggu lepas aku ada banyak masa kat umah, di sebabkan kesian pulak tengok pokok2 bunga aku nih, aku pun mengerjakannya lah sehingga sedap mata memandang. Aku ni suka tanam pokok-pokok hijau je. Kalau yang berbunga tu aku tak reti nak jaga. Jadi kalau pokok tak berbunga pun tak kisahlah, asalkan daun hijau segar je pun cukuplah, heheheh.


Kat sini aku ada sertakan gambar2 yang sempat di rakamkan semasa acara mengembur tanah dan mencantaskan daun-daun kering. Semoga gembira selalu. Jumpa lagi, babaiiii....





Continue Reading...

Saturday, March 7, 2009

Malaysia, Tanahairku - Gambar sekitar Demo PPSMI

Sabtu 7 Mac, sewaktu aku dan wife dalam perjalanan ke Bangsar, aku dapat saksikan beribu-ribu warga kota bukan hanya dari Kuala Lumpur, tapi boleh di katakan dari Seluruh negeri menghadirkan diri untuk berhimpun dalam Demo PPSMI.

Jalan raya penuh sesak. Nasib baik aku cuma bermotosikal je, jadi tak susahlah nak mencelah-celah dalam ribuan manusia yang terkandas dalam kenderaan masing2. Apa-apa pun, bagi aku perhimpunan ini berjaya membuka mata semua orang, bahawa betapa pentingnya Bahasa Melayu ini sendiri, sehinggakan orang2 yang menjadi idola dalam memperjuangkan Bahasa Melayu seperti A. Samad Said, Ainon Muhamad, Prof. Tajul Ariffin dan beberapa tokoh sasterawan juga kelihatan hadir memberi sokongan terhadap isu ini.

Aku tak nak kupaslah isu-isu ini, kalau nak lebih tahu secara terperinci, tentang rentetan peristiwa ini bolehlah melawat blog ini: - http://tukartiub.blogspot.com/ , atau boleh juga anda lawati laman Blog ini : http://tehranifaisal.blogspot.com/Di sini aku ada sertakan beberapa watak peristiwa yang sempat aku rakamkan sewaktu aku berada di tempat kejadian.

Tak kan Melayu hilang di Dunia, begitulah ungkapan yang biasa kita dengar semasa kita bersekolah dulu, di mana Hang Tuah pernah meluahkan kata-kata ini. Semoga bukan sahaja Melayu yang tak kan hilang bahkan Bahasa Melayu juga tak kan hilang di muka bumi ini, seperti hilangnya Taming Sari yang hanya tinggal hanya nama dan metosnya sahaja. Semoga menjadi renungan bersama, yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri sendiri, semoga berjumpa lagi, babaiiiiii.....







































































Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template