Wednesday, January 28, 2009

cuti cara aku - part 3













Jumaaat 23 Januari 2009, Aku bergegas nak balik dari ofis pasal aku nak pulang ke kampung aku di Jelebu malam ni. Waktu tu keadaan agak sesak kerana wargakota ramai dah nak meninggalkan kota untuk bercuti sempena menyambut Tahun Baru Cina. Aku sampai kat Jelebu lebih kurang pukul 2.30 pagi pasal lambat gerak. KL jem giler masa tu.

Sebenarnya aku kena balik awal ni bukan apa, cuma pada hari Sabtu 24 Januari 2009, aku nak pergi Melaka untuk satu majlis perkahwinan sebelah wife aku. Kat Melaka tu pulak aku dah booking Apartment A'famosa untuk aku sekeluarga (termasuk adik wife aku jugaklah). Jadi kami akan bermalam kat situ untuk menghadiri majlis perkahwinan pada hari Ahad 25 Januari 2009. So dari kampung aku, kitaorang bergerak dalam pukul 1.30 tengahari menuju ke Melaka.

Pada sebelah malam hari Ahad, semua warga Malaysia yang berbangsa cina akan menyambut Gong Xi Fa Chai. Aku jugak tak terkecuali kerana waktu itu aku berada di Melaka, jadi sepupu sebelah wife aku ni, mix chinese, jadi ramai family chinese dia akan makan besar dekat satu restoran vegetarian di Melaka ni. Dia orang jemput aku sekali. Aku ok je, orang nak belanja kan! Asalkan makanan kat situ halal aku 'ON' je..heheh. Memang banyak menu yang di hidangkan, lepas satu habis sampai satu lagi, macam marathon lah pulak. Tercungap jugak aku nak habiskan makanan tu, yelah kalau tak habis kang rugi je. Tak baik membazirkan. Lepas semua dah selesai dan dah salam-salam semua (macam hari Raya lah pulak) kitaorang pun berpecah menuju ke destinasi masing-masing. Aku waktu tu balik kampung aku kat Jelebu semula. Sampai kat kampung lebih kurang pukul 10.30 malam.

Biasalah kalau kat kampung ni, aktiviti dia makan dan tido je lah aku, heheheh. Aku masa ni tak berapa sihat. Demam selsema lah pulak. Dah banyak air kelapa aku minum sampai kempung dah perut pun, still tak kebah panas badan aku. Jadi aku pikir balik dari kampung ni baru pergi kliniklah. Masa aku tulis blog ni pun ada tak sihat sangat lagi, tapi takut lupa pulak apa nak tulis nanti, aku pun duduk jugaklah nak kongsi pengalaman cuti aku kepada anda semua. Semoga berbahagia selalu, senyum-senyum selalu dan sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang kurang ni dari diri aku sendiri. Semoga berjumpa lagi, ba..byeeee!!!!!
Continue Reading...

Sunday, January 4, 2009

Cuti cara aku Part 2









31 Dec 2008, malam tahun baru, aku masih kat opis lebih kurang pukul 6.30pm untuk menyiapkapkan kerja2 yang bakal aku tinggalkan untuk cuti aku yang seterusnya. Malam tu, aku ada janji dengan adik ipar aku nak buat majlis doa selamat untuk anaknya kat Gombak. Janji nak buat lepas maghrib, tapi aku 6.30pm masih kat opis lagi. Ahhh..problem ni. Jawab aku dalam hatilah. Lepas dah berbincang lebih kurang ngan "Boss" aku, aku pun nak angkat kaki ni sebab part keje aku ada sikit2 je, so diorang akan settle kan. Uhhh lega aku, Alhamdulilah.

Wife aku dah beberapa kali call aku, suruh aku cepat maklumlah aku sebenarnya kena jadi "bidan terjun" untuk bacakan doa. Aku gurau ngan adik ipar aku, kalau aku baca doa makan je boleh tak..hehehe..tak yah panjang2 sangat, sebab aku bukan pandai sangat dalam doa berjemaah nii..sorang2 tu boleh lah kann..heee. Sepatutnya majlis tu, 'Biras' aku yang baca doa, tapi last minute dia kena outstation. Mmmm..terpaksalah buat juga. Alhamdulilah akhirnya majlis itu dapat aku sempurnakan dengan baik. Syukur aku, nasib baik yang datang tu pun sedara2 je, kalau tak ehhh..berpeluh den..hehehe.

Esoknya tahun baru, aku banyak habiskan masa lepak kat umah, tapi sebelah petangnya, aku ngan wife jalan2 kat Jaya Jusco yang baru bukak kat area rumah aku. Tak beli apa pun cuma 'window shopping je'. Lepas tu lepak makan kat situ.

Keesokannya pulak, wife aku kena keja. Aku sebenarnya dah plan nak balik kampung. Sepatutnya aku balik minggu lepas, tapi kerja melambak pulak, aku ambil lak minggu ni. Tapi wife aku pulak kena keje, hari Sabtunya pun kena keja. Ahhh..pening aku. Apa nak buat ni..Tiba2 aku terfikir nak balik kampung sorang2 naik motor kapcai aku tu lah..heheheh..saja nak cari pengalaman baru.

Pagi tu, kita orang breakfast kat kedai mamak bersebelahan ngan ofis wife aku. Lepas tu aku pun cakap ngan wife aku, yang aku nak balik kampung jap, tapi nak naik motor je sorang2. Wife aku sporting, dia ok je. Lepas breakfast aku start motor gi bengkel motor tukar tayar dulu, yelah kang jadi apa2 kat tengah hutan tu kang naya je aku. Kampung aku ni kena meredah hutan dan perkampungan orang asli. Jadi kat situ dah tentu tak de bengkel motor kalau jadi apa2. So, beringat sebelum kena.

Lepas dah ok semua, aku balik umah jap, ambik baju sikit, start motor dan jalan. Sebelum tu singgah jap kat stesyen minyak, kasi penuh dulu. Bila semua dah ok. Bismillah pembuka kata, aku pun jalan. (bukan berjalan kaki yek..naik motor la..heheeh).

Perjalanan aku menyusuri jalan Ampang. Sampai kat Ampang kereta banyak jugak, tapi motor kapcai kan raja jalanraya, heheh..mencilok lebih kurang aku pun sampai kat kawasan Ulu Langat. Semasa sampai kat situ, punggung rasa kebas lak..yelah badan taklah gemuk, cuma kurang kurus je kan, so aku pun berhenti kejap. Singgah kat kedai yang hampir ngan perkampungan kampung Jawa. Aku beli sebotol air 100 plus bagi mengcas semula tenaga aku yang dah hilang di hembus angin kelajuan kuasa kuda motor kapcai aku ni..heheehh..

Aku pun meneruskan semula perjalanan. Agak sunyi gak Ulu Langat masa tu. Yelah mungkin orang pergi kerja atau pun tak bangun tido lagi, tak tau lah aku. Rumah Yusof Haslam pun ada kat Langat ni, aku ingat nak singgah ambik gambar kat depan pagar dia tu, tapi kang kalau Yusuf Haslam nampak aku, dia offer jadi pelakon kang payah pulak! So aku cancel lah niat aku tadi..heheeh. Lebih kurang 5 minit perjalanan dari rumah Yusuf Haslam, aku sampai kat dua persimpangan. Sebelah kanan ke Semenyih dan sebelah kiri ke Kuala Klawang.

Aku membelok sebelah kiri, iaitu jalan ke Kuala Klawang. Haaa..jalan kat sinilah betul2 adventure. Kiri kanan di penuhi bukit bukau dan hutan rimba. Silap2 tarzan pun boleh jumpa kat dalam nihh..heeheh..acah je. Kat dalam ni, aku banyakkan berzikir sikit semoga mendapat perlindungan dan selamat dari perkara yang tidak di undang. Semasa dalam perjalanan tu, adalah jugak aku ambik gambar2 sekitar jalan tu. Tapi ada yang error, tak tau lak apsal. Mungkin ada 'ENTITI' paranomal kat situ agaknya..hisss seram gak.

Aku pun meneruskan perjalanan, bila nampak je signboard SELAMAT DATANG KE JELEBU, fuhhh..bangga aku akhirnya sampai kat jelebu ni. Tapi dari signboard ni lebih kurang setengah jam lagi baru sampai kat pekan Kuala Klawang. Jadi terpaksa jugaklah mengharungi bukit bukau sekitar jalan ni, walaupun masa tu punggung dah rasa kebas, tapi semangat 'MALAYSIA BOLEH' tu menebal dalam hati, akhirnya aku sampai gak kat pekan Kuala Klawang nih..(BODEK KERAJAAN SIKIT LA..Heeheh). Alhamdulilah, bisik hati aku. Lepas ni aku ingat nak buat movie cerita bertajuk AKU, KAPCAI dan SEBOTOL AIR ataupun DARI KL(Kuala Lumpur) KE KK(Kuala Klawang). Agak2 boleh laku ke filem macam ni..heheeh (gurau je).

Di pekan Kuala Klawang aku singgah jap kat MEPS keluar duit sikit. Lepas tu terus ke Kampung aku yang jarak perjalanan dia lebih kurang 2 batu setengah(Kalau dalam KM kira sendirilah heheh). Sampai kat kawasan kampung aku tu, aku tengok ada lah orang2 dok perati aku. Mungkin dalam hati diaorang berbisik"Sapolah pulak budak tuu", macam kona yo (macam kenal je), lebih kurang camtulah agaknye heheh.

Sampai kat pagar umah, aku macam biasa bukak pintu pagar, dan masuk parking kat depan umah. Anak buah sepupu aku, macam pelik je tengok aku. Tak perasan aku agaknya. Yelah aku masa tu pakai helmet, kurang hensem sikit. Tapi kalau bukak helmet barulah hensem hehehe. Mak ngan kakak aku pun tak perasan aku, tapi bila aku bukak helmet baru diorang bersuara.."Laaa, ingat sapo budak tadi". Kata mak aku. "Ingat orang sesat kat rumah tadi", kata kaklong aku pulak. Aku sengeh je lah..heheh. Alhamdulilah sampai jugak aku.

Kat kampung tak banyak sangat aktiviti dapat aku buat, sebab hujan asyik turun je. Tanah kat laman mak aku pun dah senget sikit sebab di bawa arus air deras masa hujan. Aku adalah beli sikit batu bata untuk empang tanah tu dari turun lebih banyak lagi. Tapi aku tak dapat nak cover semua tempat. Yang mana aku rasa dah kronik tu aku buatlah. Yang mana ok lagi tu biar lain kali lah. Pertama tak larat nak buat, letih lah. Kedua budjet tak mengizinkan lagi. Lain kali lah hehehe.

Keesokannya pulak, aku harus menempuh perjalanan ke KL pulak. Perjalanan dia macam aku datang jugak. Cuma masa tu aku selisih dengan lima buah motor superbike yang lalu kat kawasan Genting Peras ni. Aku ingat lepas ni mesti diaorang tangkap nangis punye, sebab rasa tercabar dengan kemampuan motor kapcai aku. Yelah, sapa tak nangis, kalau dengar aku isi minyak RM6 je pergi balik. Lepas tu siap boleh bawak bekal sayur, buah dan lauk pauk balik dari kampung pulak tu. Save giler beb heheheh..

Lebih kurang dua jam perjalanan, aku pun sampailah kat umah. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik aku. Syukur aku sekali lagi. Dan semasa dalam perjalanan ni banyak mengajar aku erti kesabaran, kepayahan dan betapa kerdilnya aku jika di kelilingi bukit bukau dan gunung ganang sekitar aku dan mengajar aku erti betapa besarnya ciptaan yang Maha Esa dan harus sentiasa bersyukur dengan limpah dan kurnianya walau di mana kita berada.

Akhirkata, semoga anda sentiasa mendapat rahmat dan di berkati selalu, jumpa lagi di lain waktu. Sekian
Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template