Saturday, February 28, 2009

Ku Petik Gitar


Hari ni PC aku masih mengalami masalah yang sama, iaitu tak boleh nak access internet. Aku rasa aku dah dapat kenal pasti sebab apa. Paling ketara, aku rasa ada Virus dah blok modem aku laaa. Virus ni aku dapat kesan masa aku download cerita anime Bleach. Keadaan yang sama berlaku bila aku download semula cerita tu. Memang sahlah. So aku malas nak format balik, aku releks dulu sambil mengambil gitar tong aku tu, dan petik lagu untuk release tension. Aku chows dulu, babaiiii..
Continue Reading...

Thursday, February 26, 2009

Internet Problem

Sudah seminggu lebih internet aku mengalami masalah. Tak tau apa pasai. Cuba telefon streamyx, tak ada orang jawab, cuma mesin je tinggal kan pesanan. "Harap maaf, kami mengalami sedikit gangguan di sebabkan kerosakan kabel bawah tanah. Kawasan yang mengalami gangguan tersebut adalah di Sarawak". Lebih kurang cam tu lah dia cakap. 'Confuse" gak pakcik. Yelah aku bukan duduk kat Sarawak kan. Member aku punye internet semua ok je. Sampaikan aku terpaksa formatkan PC aku, yelah mana tau kan, tiba-tiba jadi miracle lak boleh ok internet aku tu..hehehehe.






Tapi tak ok-ok jugak. Hari ni ok lak dia. Boleh lah layan blog & internet ni kejap. Ok geng! babaiii.
Continue Reading...

Monday, February 16, 2009

Diet cara aku?????

Salamm, jumpa lagi kali ini. Aku kat opis la ni tak sibuk sangatlah, tak de lah kena keja malam sampaikan sabtu, ahad dan public holiday pun kena keje. Mungkin projek dah mula slow sikit kot. Tapi apa-apa pun takdir penentu segalanya..ehhh macam tajuk lagu pulak!!!

Sabtu lepas aku bawak wife jalan-jalan cari pasal. Maklumlah nak cuti jauh-jauh tengah pokai nih, nak harapkan bonus..hiss hampeh!! so aku jalan-jalan dekat area KL je le. Mula mula tu ingat tak nak makan tengahari, pasal dah breakfast heavy jugaklah, roti canai tiga keping campur teh tarik, tapi bila dah jalan rasa laparlah pulak. Ingat nak makan french fries ngan air je kat Wendy's, tiba-tiba tengok burger dia macam melambai-lambai je kat aku. Aku pulak lama gak tak pekena Burger ni, sejak BOIKOT Mc Donald nih. Itu la rasa ketagih pulak. Tanpa berfikir panjang lagi aku pun order la, seperti yang tertera dalam gambar ini..hehehehehe..
Amacam, tergoda tak rasa tengok gambar burger tu. Lepas tu balik rumah tido..hehehe



Keesokan harinya, ada kawan wife aku punya anak buat majlis kawin, jadi aku pagi tu dah pekena nasi lemak lah pulak. Bukan apa aku lupa pulak ada kenduri kawin tengahari tu. Jadi aku makan sikit je. Kalau tak caya bolehlah tengok dalam gambar di bawah ni...

Amacam percaya tak? itu baru round pertama tu heheh..acah je, aku makan sepinggan je. Lagipun malu pulak nak tambah lagi. So kira dapat lah aku berdiet sikit hari tu..Oklah aku tak de apa nak kongsi cerita hari ni. Mungkin di lain masa dan ketika aku update cerita terbaru untuk renungan bersama. Sekian babaiiiiiiii....
Continue Reading...

Tuesday, February 10, 2009

Kenduri Seafood

Cuti lagi, bestnye rasa. Kalau selalu cuti je kan best! hheheheh. Cuti pada kali ini adalah kerana menyambut Hari Thaipusam yang jatuhnya pada hari Ahad dan bermakna cuti hari Ahad tu di sambung ke hari Isnin.

Aku memang dah ada plan untuk cuti kali ni, di mana aku nak pergi ke Kuala Selangor dengan abang aku, untuk membeli udang, sotong, ikan dan yang seumpamanya untuk kami nikmati sepuas-puasnya makanan 'seafood' yang segar dan baru turun dari Jeti ni, untuk di makan kat rumah abang aku di Rawang.



Aku memang cukup puas hatilah bila membeli kat sana, memang murah dan segar-segar lagi, kalau korang tak percaya aku ada sertakan gambarnya untuk tatapan bersama. Jangan cemburu yekk hehehehe..

Malam tu aku betul-betul 'Raya Hindu' dan gila kuasa bila kitaorang membuat udang goreng tepung, ikan goreng dan sotong goreng. Pendek kata semuanya bergoreng dan berkalesterol belakalah. Hinggakan aku tersandar kekenyangan. hehehehehe.. Gambar untuk preparation ni tak sempat nak ambik pasal lapar sangat hingga air liur meleleh bebb...fluppphhh..

Oklah kengkawan, tak de cerita nak tulis ni, jadi kalau korang nak rasa makan seafood murah-murah korang bolehlah ke Kuala Selangor nih, dan bawak balik masak sendiri. Mesti puas hati nya. Boleh berjimat. Kalau masak lebih tu jemputlah datang ke rumah yekk hehehehe.. ok sekian untuk kali ini, babaiiiiiii.
Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template