Monday, February 16, 2009

Diet cara aku?????

Salamm, jumpa lagi kali ini. Aku kat opis la ni tak sibuk sangatlah, tak de lah kena keja malam sampaikan sabtu, ahad dan public holiday pun kena keje. Mungkin projek dah mula slow sikit kot. Tapi apa-apa pun takdir penentu segalanya..ehhh macam tajuk lagu pulak!!!

Sabtu lepas aku bawak wife jalan-jalan cari pasal. Maklumlah nak cuti jauh-jauh tengah pokai nih, nak harapkan bonus..hiss hampeh!! so aku jalan-jalan dekat area KL je le. Mula mula tu ingat tak nak makan tengahari, pasal dah breakfast heavy jugaklah, roti canai tiga keping campur teh tarik, tapi bila dah jalan rasa laparlah pulak. Ingat nak makan french fries ngan air je kat Wendy's, tiba-tiba tengok burger dia macam melambai-lambai je kat aku. Aku pulak lama gak tak pekena Burger ni, sejak BOIKOT Mc Donald nih. Itu la rasa ketagih pulak. Tanpa berfikir panjang lagi aku pun order la, seperti yang tertera dalam gambar ini..hehehehehe..
Amacam, tergoda tak rasa tengok gambar burger tu. Lepas tu balik rumah tido..hehehe



Keesokan harinya, ada kawan wife aku punya anak buat majlis kawin, jadi aku pagi tu dah pekena nasi lemak lah pulak. Bukan apa aku lupa pulak ada kenduri kawin tengahari tu. Jadi aku makan sikit je. Kalau tak caya bolehlah tengok dalam gambar di bawah ni...

Amacam percaya tak? itu baru round pertama tu heheh..acah je, aku makan sepinggan je. Lagipun malu pulak nak tambah lagi. So kira dapat lah aku berdiet sikit hari tu..Oklah aku tak de apa nak kongsi cerita hari ni. Mungkin di lain masa dan ketika aku update cerita terbaru untuk renungan bersama. Sekian babaiiiiiiii....

4 ulasan:

Nitrogen addict on February 18, 2009 at 4:42 AM said...

Det, hang ni kkurang kurangkan lah makan nasi tu... ish dok baca hang punya blog kita yang terasa senak...

Tu dia pulun roti canai sampai 3 keping tu...

Ish kalau chombi lah 3 keping tu kenyang sampai besok

mahadir on February 18, 2009 at 8:25 AM said...

haii ...kak nitrogen addict, heheh lama tak jumpa ye. Tq lah sebab lawat blog saya yang tak seberapa nih..hiss..

Apa2 pun saya akan kurengkan makan nasik lepas nih..mungkin akan makan burger kot! heheheh acah je..

Ok tq anywhere. Hope akak enjoy your life happy baca blog saya nih..babaiiii.

Nitrogen addict on February 18, 2009 at 10:00 AM said...

Suka ebet G ade ya.... When i was in Jakarta we went to his house, unfortunately tak sempat jumpa dia... dia tinggal di Jakarta Selatan. Rumah dia atas bukit gede banget.

Det, berat badan saya sudah ke 55kilos aja sekarang. Saya kurengkan nasi...

I am enjoying my life now Det, I am happy very happy... cuma busy sgt.

Bila lepak Bangsar sila lah call saya... atau u dah ilang my number???

Meh datang kedai saya di Damansara aja. Dah dekat dgn bangsar.

Akhir kata " majulah sukan untuk negara"

mahadir on February 20, 2009 at 3:52 PM said...

Saya minat lagu2 Ebet je, macam jugak minat lagu2 M.Nasir, pasal dia orang ni punya lagu ada jiwa..heheh.

Wahhh, sudah kurus betul yek akak ni, bolehlah ikut tips tak makan nasik nih..tapi saya tak bolehlah tak makan nasi langsung, gigil nanti hehehe.

Tengok blog akak pun saya tau akak happy sekarang nihh..yelah dapat kerja sendiri, lepas tu kerja pulak kena dengan minat, mmm..jarang orang dapat peluang cam tuh.Saya nih tak de bakat nak bisnes sendiri, makan gaji sampai tua lah gayanyee..heheh..

Nak jumpa? Insyaalah, nanti kita setkan time. No phone akak saya tak sure ada ke tak, nanti saya check ngan Ela.

Akhirkata pantun dari saya, Gunung daik bercabang tiga, dua tiga kucing berlariiiii..heheh. ok see ur next time, babaiii

 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template