Friday, May 15, 2009

Biar Betul.....Terkena aku!!!!

Salam, berjumpa lagi pada kali ini. Selalunya bila kita bukak cerita pasal MISTERI atau SERAM ke, ramai di kalangan kita yang berminat nak tau lebih lanjut. Macam cerita aku dalam blog minggu lepas -(jangan tegur-kisah benar) telah menarik minat ramai kalangan kawan2 aku yang mengikuti blog ni yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Tapi bagi aku cukuplah setakat tu, sekadar Berita kepada Kawan kan..heheheh.

Tapi pada kali ni, aku ada cerita MISTERI juga, tapi di ceritakan oleh kawan lama aku masa pergi minum2 di Bangsar. Begini ceritanya.....

Kisah ni berlaku tiga tahun lepas, di mana kawan aku ni pernah membawa teksi 'part time' untuk waktu malam je. Yelah duduk KL ni kena kerja keras sikit, katanya. Waktu tu dah kira sebulan dia mengunakan teksi kawannya yang di sewa. Selalunya pukul 1.00 pagi baru sampai rumah. Memang betul punye keras keje nih...heheh, katanya lagi.

Pada satu malam tu, lebih kurang pukul 12.30 malam, dia dalam perjalanan balik ke rumah dari PJ menuju ke Sungai Buluh. Masa tu badan dia agak kurang sihat sikit. Mungkin terlalu berembun atau tak cukup rehat barangkali. Waktu tu, dia tengah layan lagu2 yang heavy metal sikit, nak hilangkan ngantuk katanya. Tapi aku pun tak tau pulak dia minat lagu2 rock. Setahu aku dia ni 'Mat Bunga'. Kalau lagu2 jiwang karat tu, memang kegemaran dia lah, lebih2 lagi lagu 'rindu serindu-rindunya nyanyian Spoon ke Spin, aku pun tak pasti. Tak dapat nak aku bayangkan macam mana dia boleh layan lagu jiwang nih. Tiba2 boleh layan Metal pulak. Mungkin dah lama tak jumpa, angin dia dah berubah kot. Dari Mat Bunga ke Mat Metal, heheh.. fikir aku dalam hati lah.

Berbalik pada cerita yang tadi, masa dia tengah memandu tu, ternampak dia seorang 'nenek' sedang menahan teksinya sambil memegang sesuatu di tangan. Waktu tu pandangan agak kabur. Maklumlah tengah malam. Embun jantan pun mula nak turun. Dia waktu tu terfikir nak berhenti ke tak? Sebabkan rasa kesian dia pun berhentilah. "Nenek nak pergi mana"? dia bertanya sambil menurunkan cermin teksinya. Nenek nak pergi Puchong. Oklah nenek, naiklah nanti saya hantarkan. Lepas tu dia pun gerak.

Dalam teksi lebih kurang 15 minit perjalanan, tak ada apa-apa perbualan pun antara member aku ni, dengan nenek tersebut. Tak lama lepas tu member aku pun bertanya, "Nek, kita dah kat puchong ni, nenek nak berhenti kat mana. Nenek tu diam je. Member aku tanya lagi, nenek tu tetap membisu. Masa tu, dia tengok dari cermin pandang belakang, muka nenek tu seakan berkerut2. Tiba2 member aku terasa berdebar2. Mula terbayang perkara2 yang menakutkan. Bulu roma terasa seakan berdiri.

Perlahan2 dia terbau sesuatu yang busuk, semakin lama semakin menusuk setiap rongga2 hidungnya. Member aku dah tak tahan. Dia cuba perhatikan dari dari cermin belakang. Nenek tu memandangnya, seakan tersenyum sambil menampakkan ruang2 giginya yang jarang. Member aku semakin kecut perut. Kaki dah mula rasa kebas2, tiba2 nenek tu bersuara, anak boleh berhenti kat sini je. sambil menghulurkan duit. Peluh jantan mula terasa, bila nenek tu ketawa kecil sambil perhatikan member aku nih. Sebelum keluar dari teksi, sambil memegang pintu, nenek tu bersuara, "anak, maaf ye! Nenek terkontut tadi, banyak makan tolo(telur) agaknya..

Cisss...biar betul kau ni, terkena aku!!! Masa tu member aku dah gelak gila baban betul. Seronok dia dapat kenakan aku. Ahhh, aku bukan tak tau cerita ni, dah lama orang buat modal dah. Kata aku. Tapi lepas tu aku join gelak jugak dengan dia. Saja ambik hati, nak bagi dia seronok..heheheh. Lepas nih siap kau, kata aku dalam hati..(acah je).

Oklah semua, cerita ni bukan apa2, saja nak bagi sedikit hiburan dan gurauan. Jangan marah yek. Semoga anda semua terhibur dan bergembira sentiasa. Jaga diri baik-baik. Sayangi warga tua..heheh. Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia ni. Akhir kata, jangan biarkan hidup anda di seliputi MISTERIIIIII...Babaiiiii.
Continue Reading...

Monday, May 11, 2009

Jangan Tegur - Kisah Benar

Salam, berjumpa kita lagi di arena blogger nih. Aku ada cerita misteri yang nak aku kongsikan bersama2 anda semua. Cerita ini bukan rekaan, ia di alami oleh aku sendiri bersama wife, abang dan kakak ipar aku. Jadi duduk betul2, tenangkan minda anda, tarik nafas dan baca dengan tenang. Jika bahasa tidak dapat di fahami, jangan betulkan mata anda. Kejadian ni tidak memerlukan stuntman atau special effect. Baca dan fikir-fikirkan lah.......

Jam menunjukan pukul 10.15 minit malam, bersamaan hari jumaat malam sabtu. Waktu tu aku, wife, abg dan kakak ipar aku dah nak bertolak ke kampung. Yelah, lama jugak aku tak balik, jadi kami mengambil keputusan untuk balik bersama pada waktu malam dan pulang ke KL pada hari Ahad. Bermakna ada masa yang agak lama sikitlah kat sana.

Semasa dalam perjalanan, kami pun singgah di Stesyen minyak Ampang, untuk mengisi minyak yang hampir nak habis ni. Setelah minyak penuh dan keadaan fizikal kereta pun tak ada masalah, maka kami pun meneruskan perjalanan semula.

Walaupun dah malam, tapi keadaan kereta di Jalan Ampang masih lagi sesak. Tak tahulah aku samada dia orang baru balik keje ke atau makan malam ke. Tapi yang pasti malam tu memang ramai dan kereta berpusu2 menuju ke destinasi masing2. Sehinggalah kami sampai di menara tinjau yang berada di puncak bukit di Jalan Ampang, yang mana kalau dari sini kita boleh menikmati pemandangan lampu neon dan keindahan kota metropolitan dan di sini jugaklah kalau di perhatikan ramai anak muda memadu kasih yang palsu, barangkali. Sehinggakan jika di perhati betul-betul banyak kereta 'rosak' di sekitar kawasan lereng2 bukit ni.

Kami masih lagi meneruskan perjalanan. Kalau dari Ampang ni perjalanan ke kampung aku, cuma 1 jam 45 minit je. Sambil berborak2 dari cerita pasal ofis, hingga ke cerita wayang semua dah kami ceritakan. Sampaikan waktu tu cerita seram pun ada jugak aku selitkan. Sedang seronok berbual tu, kami terjumpa sekumpulan budak2 kampung menaiki motosikal. Agak susah jugak nak potong dia orang nih. Maklumlah jalan kampung, sempit sikit, budak2 tu bawak pulak bukan tahu nak ketepi. Aku pun perlahan2, ikut ajelah mereka tu sehingga ada peluang memotong di suatu simpang dan akhirnya aku berjaya memotong mereka, seterusnya memandu dengan lancar ke destinasi seterusnya.

Setelah itu aku dapati semua kat dalam kereta nih dah terlentok, letih, yelah masing baru balik ofis lah kan. Tinggal aku soranglah melayan 'blues' sambil di tiup angin dari aircond kereta yang terpasang. Tiba-tiba aku rasa keadaan agak sunyi dari biasa. Dalam fikiran aku cuma fikir kat kawasan kampung memanglah macam ni keadaannya. Hati aku masa tu rasa lain macam je. Tapi aku tak endahkan sangat lah.

Sekali lagi aku terpaksa memandu perlahan sikit sebab ada motor roda tiga di depan aku. Yang agak lucunya, aku tengok 'brother' yang bawak motor tu walaupun boleh muat untuk dua orang tapi, wife dia boleh pergi duduk kat dalam bekas barang motosikal. Aku pulak masa tu pergi tegur pulak, "apa pesen pulak mamat motor nih, ada ke awek dia duduk kat tempat barang tu? Lepas tu aku tengok abang aku macam terjaga sikit, dia pandang lepas tu tertidur balik. Aku terus memotong motor tu. Tapi yang agak ganjil nya, mamat tu macam tak peduli pun aku potong. Gaya dia macam aku ni tak ujud je. Dia buat rilek je, tak de nak ketepi atau pandang kereta ni ke. Aku pun buat selamba jugaklah kan. Dan teruskan lagi perjalanan.

Masa nih mula aku rasa tak sedap hati, pertama aku tak jumpa lagi jambatan simpang ke Ulu Langat. Yang keduanya aku berjumpa dengan sekumpulan orang yang seolah2 baru balik dari kenduri. Ada lelaki, ada perempuan, budak2 pun ada. Yang paling tak masuk akal tu, budak2 tu siap bawak belon lagi. Apa ke jadahnya malam2 buta keluar nih, kata aku lagi. Sekali lagi abang aku terjaga. Dia pun macam terkejut jugak tengok orang ramai2 kat kawasan tu. Dan bila aku mula potong dia orang tu, sekali lagi aku perasan macam kereta ni tak ujud. Mereka tu berjalan tanpa berkata2 sesama sendiri pun. Diam dan tunduk je. Aku pun terus tekan minyak dan berlalu.

Dalam keadaan yang banyak tanda tanya dalam kepala aku ni, terpandang aku satu papan tanda tertulis Pangsun. Dalam hati aku terfikir, tak pernah pulak aku balik kampung lalu Pangsun nih. Tiba2 aku sampai kat pintu gerbang jalan nak menuju ke Gunung Nuang. "Astagfirullah, aku dah sesat. Macam mana boleh jadi macam ni'. Agak kuat jugak suara aku masa tu. Abang, wife dan kakak ipar aku terjaga. Mereka pun terkejutlah bila aku cakap macam tu. Jadi masing2 dah rasa lain macam. Sewaktu nak berpatah balik tu, sekumpulan budak motor yang aku jumpa tadi pun sampai. Salah seorang dari mereka memberi isyarat untuk U turn kat depan sikit. Tapi satu suara pun aku tak dengar dari kumpulan motor ni. Aku pun terus patah balik. Siapa mereka tu, aku tak tau. Dan apa yang dia orang nak buat kat Gunung tu pun aku tak nak tau.

Kalau di fikirkan, waktu aku nak patah balik ni, mesti aku akan jumpa dengan sekumpulan orang yang macam baru balik kenduri tadi tu. Tapi apa yang aku nampak cuma hutan2 dan keadaan yang gelap gelita di sekeliling je. Hiss ...rasa meremang jugak masa tu. Aku masa tu cuma berserah pada Allah dan membaca ayat Kursi semoga di beri jalan agar dapat segera keluar dari keadaan yang misteri ni. Lebih kurang 20 minit baru aku jumpa jambatan ke Ulu Langat seterusnya ke Genting Sempah dan menuju kampung aku di Kuala Klawang.

Alhamdulilah, akhirnya kami sampai di kampung dengan selamat. Cuma agak lewat dalam sejam. Mungkin masa tu aku telah di bawa ke dunia lain, tak tahulah. Apa2 pun peristiwa ini memberi satu iktibar dan kesedaran tentang kekuasaan Allah taala yang mana walaupun aku dah biasa dengan jalan ni, dan kalau tanpa keizinannya kita pun boleh tersesat. Jadi walau kita dalam keadaan apa pun, sentiasalah ingat akan Allah. Semoga cerita ini memberi sedikit keinsafan betapa kerdilnya kita di dunia ini. Semoga anda berbahagia selalu dan jangan biarkan hidup anda di seliputi MISTERIIIIII...Babaiiii
Continue Reading...

Saturday, May 2, 2009

cuti cara aku ! Part 4

Salam, syok betul bila cuti bersambung macam nih. Kali ni aku rasa ramai yang balik ke Kampung masing2. Yelah cuti tiga hari. Tapi aku lain pulak, ingat nak cuti kat KL je. Ingat minggu depan baru balik lah. Nak berehat sambil menonton DVD yang aku dah beli dan baru beli, tapi tak tengok2 lagi.

Hari ni aku dah habis tengok dua cerita, pertama Queen of Langkasuka, kedua X-Men Origins Volverine. Kedua2 cerita nih ada kekuatan dia lah. Cerita Queen of Langkasuka pasal sejarah Langkasuka lah. Yang menarik cerita nih, dia buat pasal watak orang melayu. Ok jugak. Dengan baju dia dan karektor dia, sampaikan watak sultan pahang pun ada gak datang meminang puteri Ungu (kalau tak silap aku nama dia lah). Tapi sayang seribu kali sayang, kalau cerita ni orang kita yang buat mesti lagi menarik pasal dia lebih kepada watak melayu tu. Kat siam pun memang melayu jugak lah kan tapi cakap dia slang siam lah. Kira potong stim kat situ lah hehehe. Mengapalah pengarah kita tak nak buat cerita epik atau sejarah macam nih. Tak confident ke atau takut tak untung. Mmmm ...entahlah, lu pikir lah sendiri..heheeh. Cerita X-Men pulak kira dia flash back watak Volverine nih. Sekarang nih aku tengok dah macam bermusim pulak. Dia orang suka buat cerita ke belakang pulak. Sepanjang yang aku tahu, First yang start Star Wars, kira yang baru sikit nih, Underworld dan sekarang nih X-Men pulak. Lepas nih tah apa pulak lagi. Tapi cerita dia best lah. Sebab aku peminat cerita fantasi, s-fiction, dan seram2. Kalau cerita macam drama2 nih, bila tak de cerita je baru aku layan la..heehhe.

Aku ada 3 dvd yang belum layan lagi. First cerita Iron man, lepas tu cerita Underworld 3, lepas tu cerita Ong Bak 2. Kira cuti nih layang movie jelah aku. Yelah, nak keluar pun sekarang nih musim panas, kena pulak dah macam2 virus kita dengar menular ke serata dunia. Jadi kepada semua, berdoa pada yang Esa agar di kurnia kesihatan yang baik dan di hindarkan dari segala malapetaka yang menimpa. Semoga hidup kita mendapat rahmat dan bergembira selalu. Yang baik selalunya dari Allah, dan yang buruk datang dari diri kita sendiri. Bersama2 ingat mengingati agar tidak terpesong dari landasan iman dan takwa. Sentiasa bersyukur dengan limpah Kurnia Nya. Jaga diri baik2, jumpa lagi ..babaaiiiiii..






Filem Queen of Langkasuka


Filem X-Men Origins Wolverine




Filem Ong Bak 2



Filem Iron Man



Filem Underworld

Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template