Friday, May 15, 2009

Biar Betul.....Terkena aku!!!!

Salam, berjumpa lagi pada kali ini. Selalunya bila kita bukak cerita pasal MISTERI atau SERAM ke, ramai di kalangan kita yang berminat nak tau lebih lanjut. Macam cerita aku dalam blog minggu lepas -(jangan tegur-kisah benar) telah menarik minat ramai kalangan kawan2 aku yang mengikuti blog ni yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Tapi bagi aku cukuplah setakat tu, sekadar Berita kepada Kawan kan..heheheh.

Tapi pada kali ni, aku ada cerita MISTERI juga, tapi di ceritakan oleh kawan lama aku masa pergi minum2 di Bangsar. Begini ceritanya.....

Kisah ni berlaku tiga tahun lepas, di mana kawan aku ni pernah membawa teksi 'part time' untuk waktu malam je. Yelah duduk KL ni kena kerja keras sikit, katanya. Waktu tu dah kira sebulan dia mengunakan teksi kawannya yang di sewa. Selalunya pukul 1.00 pagi baru sampai rumah. Memang betul punye keras keje nih...heheh, katanya lagi.

Pada satu malam tu, lebih kurang pukul 12.30 malam, dia dalam perjalanan balik ke rumah dari PJ menuju ke Sungai Buluh. Masa tu badan dia agak kurang sihat sikit. Mungkin terlalu berembun atau tak cukup rehat barangkali. Waktu tu, dia tengah layan lagu2 yang heavy metal sikit, nak hilangkan ngantuk katanya. Tapi aku pun tak tau pulak dia minat lagu2 rock. Setahu aku dia ni 'Mat Bunga'. Kalau lagu2 jiwang karat tu, memang kegemaran dia lah, lebih2 lagi lagu 'rindu serindu-rindunya nyanyian Spoon ke Spin, aku pun tak pasti. Tak dapat nak aku bayangkan macam mana dia boleh layan lagu jiwang nih. Tiba2 boleh layan Metal pulak. Mungkin dah lama tak jumpa, angin dia dah berubah kot. Dari Mat Bunga ke Mat Metal, heheh.. fikir aku dalam hati lah.

Berbalik pada cerita yang tadi, masa dia tengah memandu tu, ternampak dia seorang 'nenek' sedang menahan teksinya sambil memegang sesuatu di tangan. Waktu tu pandangan agak kabur. Maklumlah tengah malam. Embun jantan pun mula nak turun. Dia waktu tu terfikir nak berhenti ke tak? Sebabkan rasa kesian dia pun berhentilah. "Nenek nak pergi mana"? dia bertanya sambil menurunkan cermin teksinya. Nenek nak pergi Puchong. Oklah nenek, naiklah nanti saya hantarkan. Lepas tu dia pun gerak.

Dalam teksi lebih kurang 15 minit perjalanan, tak ada apa-apa perbualan pun antara member aku ni, dengan nenek tersebut. Tak lama lepas tu member aku pun bertanya, "Nek, kita dah kat puchong ni, nenek nak berhenti kat mana. Nenek tu diam je. Member aku tanya lagi, nenek tu tetap membisu. Masa tu, dia tengok dari cermin pandang belakang, muka nenek tu seakan berkerut2. Tiba2 member aku terasa berdebar2. Mula terbayang perkara2 yang menakutkan. Bulu roma terasa seakan berdiri.

Perlahan2 dia terbau sesuatu yang busuk, semakin lama semakin menusuk setiap rongga2 hidungnya. Member aku dah tak tahan. Dia cuba perhatikan dari dari cermin belakang. Nenek tu memandangnya, seakan tersenyum sambil menampakkan ruang2 giginya yang jarang. Member aku semakin kecut perut. Kaki dah mula rasa kebas2, tiba2 nenek tu bersuara, anak boleh berhenti kat sini je. sambil menghulurkan duit. Peluh jantan mula terasa, bila nenek tu ketawa kecil sambil perhatikan member aku nih. Sebelum keluar dari teksi, sambil memegang pintu, nenek tu bersuara, "anak, maaf ye! Nenek terkontut tadi, banyak makan tolo(telur) agaknya..

Cisss...biar betul kau ni, terkena aku!!! Masa tu member aku dah gelak gila baban betul. Seronok dia dapat kenakan aku. Ahhh, aku bukan tak tau cerita ni, dah lama orang buat modal dah. Kata aku. Tapi lepas tu aku join gelak jugak dengan dia. Saja ambik hati, nak bagi dia seronok..heheheh. Lepas nih siap kau, kata aku dalam hati..(acah je).

Oklah semua, cerita ni bukan apa2, saja nak bagi sedikit hiburan dan gurauan. Jangan marah yek. Semoga anda semua terhibur dan bergembira sentiasa. Jaga diri baik-baik. Sayangi warga tua..heheh. Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia ni. Akhir kata, jangan biarkan hidup anda di seliputi MISTERIIIIII...Babaiiiii.

0 ulasan:

 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template