Friday, November 28, 2008

SESAT DI KUALA LUMPUR

Semalam, aku temankan wife aku gi saloon rambut. Dia kata nak gi gunting rambut sebab dah panjang, aku OK je. Sampai kat saloon aku lepak kat luar kerusi saloon tu. Malas nak masuk sebab nampak ramai gak orang. Kat dalam saloon tu aku perhati dari tukang gunting sampai member2 kat situ semuanya "awek tiruan". Ahh..lantaklah diaorang tu. bisik hati aku lah.

Masa lepak kat luar tu, mata aku dok perati kat jalan2 dan kedai2 berdekatan situ. Terpandang aku satu kumpulan "mat motor" berdekatan dengan kedai handphone, sedang tergelak besar dan bersuara agak kuat jugaklah. Bila aku perhati betul2 dan amati di orang tu, baru aku perasan, laa "lelaki tiruan" lah pulak. Hiss apsal lah hari ni aku jumpa benda pelik-pelik kat sini. Adakah ini dah jadi trend atau aku yang ketinggalan zaman.

Aku teringat satu dialog dalam ada satu iklan tu.."Dunia dah maju, Zaman dah berubah". Yaa, mungkin inilah yang harus kita hadapi untuk menjadi negara maju harus menerima apa jua bentuk perubahan. Tapi pernah kah terfikir oleh kita apa yang akan berlaku untuk generasi selepas kita ini. Hanya Allah yg maha mengetahui.

Oleh itu bersamalah kita berdoa agar generasi kita tidak leka dengan dengan hanya mengejar dunia tetapi harus kuat keimanan dan ketakwaan dalam diri agar tidak terpesong dari akidah dan jalan yang lurus. Insyaallah. Sekian


Sesat di Kuala Lumpur

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya.

Lirik lagu dari M.Nasir
Continue Reading...

Wednesday, November 26, 2008

HUJAN DAN AEDES

Sekarang ni musim hujan. Boleh di katakan setiap hari akan turun hujan. Maka ramai yang mungkin akan mengalami demam dan selesema. Tak kurang juga yang terkena jangkitan nyamuk aedes. Di sini aku nak berkongsi tip2 untuk korang jadikan panduan bagi mengelak perkara- parkara yang tidak di ingini berlaku. Sekian.



Aedes

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



Nyamuk Aedes
merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi dan demam kuning. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.

Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk aedes

  1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
  2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
  3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah

Tempat pembiakan nyamuk aedes

  1. Dalam Rumah
    1. Akuarium
    2. Perangkap semut
    3. Pasu Bunga
    4. Timba
    5. Tempayan
    6. Kolam (kolah) mandi
    7. Tempat air peti sejuk
  2. Luar Rumah
    1. Tayar buruk
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
    4. Salur air hujan
    5. Tempayan
    6. Pokok Pisang
    7. Pokok Keladi
    8. Longkang yang tersekat
    9. Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

  1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
  7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
  8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
Continue Reading...

Tuesday, November 25, 2008

Musim Berkhatan

Cuti sekolah ni, ramai ibubapa sibuk terutamanya yang mempunyai anak lelaki yang akan Berkhatan atau ada juga di sebut bersunat. Ini merupakan perkara fitrah bagi semua yang beragama islam. Di sini aku ingin berkongsi Hadis Nabi kepada anda semua. Sekian

Kategori : IBADAH Fidyah Kifarah
Tajuk :
Berkhatan
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya:”Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Terdapat lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Riwayat Muslim

Huraian1. Khatan bererti memotong kulit yang menutup "hasyafah" (kepala zakar) lelaki. Berkhatan adalah salah satu keutamaan agama yang disyariatkan Allah kepada hambaNya.
2. Islam tidak mensyaratkan bayi mesti dikhatankan semasa kecil malah ia harus dibuat sama ada anak tersebut masih kecil atau sudah besar. Tetapi lebih afdhal bagi ibu bapa mengkhatankan anak mereka pada hari ketujuh kelahirannya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa kelahiran dua orang cucu baginda.
3. Dari segi kesihatan dan perubatan, berkhatan boleh memelihara kebersihan diri, mengelokkan bentuk tubuh badan, dapat mengelakkan penyakit dan sebagai salah satu cara untuk mengendalikan nafsu syahwat selain dapat membezakan antara muslim dan kafir.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

P/S - ANDA JUGA BOLEH LAYARI LAMAN WEB INI

http://ms.wikipedia.org/wiki/Khatan
Continue Reading...

Wednesday, November 19, 2008

BARANGAN PERHIASAN



Kepada semua terutamanya kaum Hawa yang meminati barangan berupa perhiasan rumah atau hias untuk diri sendiri, bolehlah lawati laman web Lela Kios atau klik di sini....

http://lelakios.blogspot.com/


p/s - Pengunjung juga boleh klik KIOS di lokasi LINK.
Continue Reading...

Tuesday, November 18, 2008

HARGA PETROL, DIESEL TURUN LAGI

Harga petrol, diesel turun lagi
Nov 17, 08 6:15pm

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu.

bm version petrol price hike reduction from rm 2 15 rm 2 00 171108


Sumber dari MALAYSIAKINI


Harga barang bila pulak nak turun yek...????

Continue Reading...

Thursday, November 13, 2008

KERJA, KERJA DAN KERJA


Setiap orang pasti ada merasai perasaan malas nak kerja. Bila time kerja rasa malas. Bila nak cuti rasa seronok atau "meronok-ronok"(bak kata kawan aku, terlalu seronok le ni..heheh). Bila minggu pertama muka mesti macam ayam berak kapur, tapi kalau minggu terakhir berseri-seri macam shashi kapoor..heheh.

Bilalah agaknya nak rasa duduk kampung tak payah nak hadapi jem kat jalan KL ni sepanjang masa. Entahlah..takdir penentu segala....

Apa-apa pun kerja ni satu ibadah. Aku pun kalau ikutkan rasa malas gak nak gi keja, tapi hutang banyak lagi, kenalah bayar. Sendiri makan pengat, sendirilah mau ingat. Yang penting BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN YANG MAHA ESA. Sekian
Continue Reading...

Monday, November 10, 2008

KEK COKLAT


Minggu lepas aku balik kampung. Aku ingat nak belanja family kat kampung makan kek. Kebetulan lak abang aku baru sambut hari lahirnya yang ke ..... jadi dia pun ada balik sama dengan aku. Aku memang suka makan coklat, family aku pun suka makan coklat. so aku pun belilah kek coklat nii. Sila lihat sebelah..mmm yum ..yum

Kek ni, aku tempah kat aciknor. Kalau kawan2 nak order lawatilah laman web kakak ni...

http://aciknor192.fotopages.com/
Continue Reading...

Wednesday, November 5, 2008

BERITA KEPADA KAWAN

Assalamualaikum,

Ini merupakan hari pertama aku dalam blog ini. Tujuan aku cuma nak memeriahkan lagi blog yang dah sedia ada. Aku ni bukanlah pandai menulis macam kata kawan aku tu, " Aku bukan sasterawan negara, Aku hanya manusia biasa, menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa". (pinjam lirik lagu dari Shaari Amri hehehehe).

"Berita kepada kawan", tajuk tu pun bukan apa2 cuma aku minat lagu dari Ebet G. Ade yang mana lirik lagu ni begitu mendalam dan boleh menimbulkan rasa keinsafan pada diri, betapa kerdilnya kita di sisi yang Maha Esa.

Selain itu, aku juga ingin berkongsi kenangan yang terindah bersama rakan-rakan ofis yang mana aku sempat merakamkan kenangan itu dalam bentuk gambar2 yang boleh kita saksikan bersama.

Cukuplah untuk kali ini. Akhirkata wassalam.
Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template