Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Seminar Blogging Workshop

Salam, lama sungguh aku tak update blog ni. Alhamdulilah hari ini aku ada sedikit kelapangan dan buah fikiran untuk di kongsikan bersama rakan2 sekelian.

Hari ini aku ada cerita yang biasa tetapi kekadang membuat kita terfikir tentang keikhlasan manusia sesama manusia dalam membantu merialisasikan cita-cita dan harapan masyarakat di Malaysia ini.


Semalam aku ada dapat panggilan dari seorang kawan yang mengajak aku untuk mengikuti seminar selama 2 jam mengenai bagaimana menjana pendapatan dari Blogger di Internet. Memandangkan seminar tu percuma maka aku pun kata oklah. Masa seminar tu pun, aku tak berapa busy, jadi boleh pergi lepas waktu kerja nanti.

Masa aku sampai ke tempat yg di janjikan, berjumpa pulak aku dengan salah sorang lagi kawan lama masa kecik2 dulu, pun ada join seminar ni. Dia ni pulak di ajak oleh member aku yang pelawa aku dengar seminar ni. Jadi rasa macam REUNION pulak, walau pun cuma bertiga tetapi itulah antara kawan sepermainan aku macam kecik2 dulu. Haiii...cepatnya masa berlalu.

Sampai kat Armada Hotel, tempat di mana seminar itu di adakan, kelihatan ramai juga yang hadir. Dalam lingkungan 50 orang. Dalam hati aku berkata, hebat jugak ni. Apalah yang akan dia orang kongsikan agaknya ye. Seminar bermula. Intro ok, walaupun speaker dia agak tak berapa confident untuk berucap. Dia pun mulalah menunjukkan beberapa income yang di perolehi oleh Blogger2 yang terdapat di internet dan jenis2 blog yang mendapat tempat dan popular yang biasa di kunjungi oleh pelayar internet.

Agak seronok juga bila tengok orang boleh buat duit dari internet ni, tapi hati mula tertanya-tanya bagaimana pulak nak dapatkan income tu dan nak berdaftar di mana? Itu tak pulak speaker tu ceritakan. Apa yang beliau lebih tekankan, total income yang di perolehi oleh Blogger2 di internet. Rupa2nya di akhir seminar, organizer seminar ni akan mengadakan kelas bagaimana untuk menjadi seperti Blogger2 yang berjaya seperti yang di ceritakan sebelum itu.
Dan kelasnya pulak di bayar sebanyak RM3999 sepatutnya, dan sesiapa yang berdaftar hari itu akan mendapat diskaun di bayar sebanyak RM 2999 kononnya. Kalau tak mampu nak bayar penuh boleh bayar secara bulanan mengunakan Kad Kredit. Omak aiiiii...kata hati aku. Itu baru kelas nya. Confirm ke boleh balik Modal. Bisik hati aku lagi.

Tapi bagi akulah, kalau orang boleh buat duit dari internet dan menjadi jutawan, mesti dia orang tak akan berkongi atau memberi tips 100% tentang kejayaan mereka. Baik dia pulun dulu, bila dah rasa terumbang ambing tu barulah nak berkongi kononnya untuk membantu mereka yang perlu. Tetapi pada hakikatnya, mereka hanya ingin mengecapi kejayaan dan keuntungan semata2.

Moral dari cerita aku ini, tak ada benda yang percuma di dunia ni terutamanya pada zaman sekarang ni. Manusia lebih mengejar kebendaan dan keuntungan dunia sahaja, tanpa memikirkan kesusahan dan kepayahan orang lain yang lebih memerlukan pertolongan.

Jadi akhirkata, janganlah terlalu mengejar dunia, dan akhirnya dunia pulak perlu kita tinggalkan. Carilah ilmu untuk akhirat, agar hidup lebih selamat, tempat yang kekal abadi. Insyallah. Akhirkata semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan di berkati. Semoga berjumpa lagi..babaiiiii...
Continue Reading...

Tuesday, April 14, 2009

LEMBAGA DI INTERNET???

Salam. Berjumpa kita lagi di arena blogger ni. Jangan terkejut pulak dengan tajuk pada kali ini. Ini bukan cerita seram macam "jangan tegur", "jangan pandang belakang" atau Pontianak Harum sundal malam, tapi jangan risau, ini Lembaga sudah jinak, sudah lama dia kasi 'training' Jangan marah ..hehehhe.

Itulah dia Lembaga Hasil Dalam Negeri, atau singkatannya LHDN. Aku bukan apa cuma nak kasi ingat la, kepada sesiapa yang lupa ke, buat2 lupa ke, marilah kita bersama menunaikan tanggungjawab kita membuat taksiran cukai pendapatan, dan seterusnya membayar cukai pendapatan (kalau kena bayar la, kalau tak. yahoo..alhamdulilah tak habis duit..heheh). Sekarang ni dah mudah, Klik2 aje. macam kata iklan tu. Aku dah tiga tahun pakai E-Filing ni, mudah beb. Tinggal lebih kurang 16 hari lagi ni nak cukup bulan. Apa di tunggu lagi. Kalau kita tak cari 'Lembaga' ni, nanti 'Lembaga' ni cari kita pulak, haru biru..heheehhe. Oklah semoga menjadi Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Sekian semoga berjumpa lagi, babaiiiiii...


P/S- Kepada yang tak tau alamat LHDN klik di sini, https://e.hasil.gov.my/




Antara resit2 yang aku kumpul selama setahun untuk 'cover' cukai taksiran 2008. heheh.
Continue Reading...

Saturday, March 28, 2009

AKU DAN KARAOKE

Hari ni aku, wife dan kawan2 gi karaoke. Lama dah tak mengasah bakat kat sini. Tempat aku pergi ni baru gak, tapi puas hati la. Bayar baru rm8 siap dengan makan lagi, fuhh mana nak dapat. Aku ambil nasi lemak siap ayam goreng tu.

Waktu tu aku pergi sebelum pukul 12 tengahari, jadi dapatlah rate murah sikit. Kalau lepas pukul 12 rate dia jadi rm12 pulak la. Tapi makan tengahari tak tau la pulak menu dia, lagi best kot. Jadi kalau ada yang berminat bolehlah pergi 'song box' kat Jaya Jusco Setiawangsa, pasti tak nyesal nye. heheh (iklan kejap).

Oklah, gambar aku tak sempat nak rakamkan, maklumlah aku kalau dah pegang microphone ni, kira dunia ni analah yang punye. hehehehe. Semoga berjumpa lagi..babaiiiiii.
Continue Reading...

Wednesday, March 18, 2009

Kari Kepala ............?????

Cuti sekolah dah bermula. Ramai juga yang mengambil kesempatan mengadakan jamuan atau kenduri pada musim-musim begini. Sabtu lepas aku juga di jemput untuk satu majlis Aqiqah untuk anak buah kakak ipar aku kat rumah dia di Bandar Tasik Puteri.

Memang agak letih gak lah nak 'prepare' resepi kenduri nih. Menu utama hari tu ialah Kari Kambing. Yelah kebanyakan orang kalau buat aqiqah ni dia orang ambil kambing untuk di sembelih. Nasib baik kambing tu dah di sembelihkan di pusat penyembelihan dan di hantar kat rumah, kalau semua buat kat umah abang aku nih, mesti 'pancit' giler la kot! heheheheh.

Masa proses merebus daging tu, aku terpandang satu bongkah yang agak besar di salut dengan usus. Abang aku kata benda tu kepala kambing. Orang kat sini gila makan kambing. Kepala ni dia orang lah yang 'request'. Omakk aiiii, tak de benda lain ke nak makan, kata aku. Tapi selera masing-masing kan.

Pada malam kenduri tu, selepas doa selamat selesai. Abang aku jemputlah semua orang menjamu selera. Lepas tu Abang aku pun keluarkanlah kepala kambing nih. Fuhhh!!! macam giler gaban betul aku tengok dia orang makan. Tak sanggup aku nak pandang, hissss. Habis isi-isi kat kepala tu kena korek. Mata aku tak pastilah ada ke tak, tapi yang aku pasti isi settle, yang tinggal rangka tengkorak je. Hisss..memang hantu kambing betul lah dia orang nih. 'First time' aku dengar orang makan Kari Kepala Kambing, selalunya Kari kepala Ikan je kan. Aku ingat kalau bukan kedai kari kepala kambing kat sini boleh laku kot? hehehehehe.

Oklah untuk tatapan mata, aku sertakan gambar yang sempat di ambil semasa kenduri tuh. Babaiiii.


Ayam yang telah di potong.


Proses mengoreng ayam

Ayam yang telah siap di goreng





Masak sayur labu dan sup ayam




Proses merebus kambing

Proses mengaul bersama resepi rahsia




Beginilah keadaan rangka tengkorak kambing yang tinggal. Keadaan kepala kambing sebelum itu tidak dapat di rakamkan kerana mengandungi unsur-unsur ganas dan tidak sesuai untuk tontonan umum. heheheh..
Continue Reading...

Saturday, March 7, 2009

Malaysia, Tanahairku - Gambar sekitar Demo PPSMI

Sabtu 7 Mac, sewaktu aku dan wife dalam perjalanan ke Bangsar, aku dapat saksikan beribu-ribu warga kota bukan hanya dari Kuala Lumpur, tapi boleh di katakan dari Seluruh negeri menghadirkan diri untuk berhimpun dalam Demo PPSMI.

Jalan raya penuh sesak. Nasib baik aku cuma bermotosikal je, jadi tak susahlah nak mencelah-celah dalam ribuan manusia yang terkandas dalam kenderaan masing2. Apa-apa pun, bagi aku perhimpunan ini berjaya membuka mata semua orang, bahawa betapa pentingnya Bahasa Melayu ini sendiri, sehinggakan orang2 yang menjadi idola dalam memperjuangkan Bahasa Melayu seperti A. Samad Said, Ainon Muhamad, Prof. Tajul Ariffin dan beberapa tokoh sasterawan juga kelihatan hadir memberi sokongan terhadap isu ini.

Aku tak nak kupaslah isu-isu ini, kalau nak lebih tahu secara terperinci, tentang rentetan peristiwa ini bolehlah melawat blog ini: - http://tukartiub.blogspot.com/ , atau boleh juga anda lawati laman Blog ini : http://tehranifaisal.blogspot.com/Di sini aku ada sertakan beberapa watak peristiwa yang sempat aku rakamkan sewaktu aku berada di tempat kejadian.

Tak kan Melayu hilang di Dunia, begitulah ungkapan yang biasa kita dengar semasa kita bersekolah dulu, di mana Hang Tuah pernah meluahkan kata-kata ini. Semoga bukan sahaja Melayu yang tak kan hilang bahkan Bahasa Melayu juga tak kan hilang di muka bumi ini, seperti hilangnya Taming Sari yang hanya tinggal hanya nama dan metosnya sahaja. Semoga menjadi renungan bersama, yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri sendiri, semoga berjumpa lagi, babaiiiiii.....







































































Continue Reading...

Wednesday, March 4, 2009

Banjir Semalam

Semalam, sewaktu aku pulang dari kerja dalam pukul 5.45 petang, aku dapatlah menyaksikan banjir yang sungguh tragis jugak lah, yelah mana taknya, banyak kenderaan yang parking dekat kawasan Jalan Pekeling dan sekitarnya di tenggelami air.

Aku sempat jugaklah parking motor aku kat bahu jalan situ sambil mengambil gambar menggunakan handphone yang tak canggih ni, tapi ada lah juga camera, untuk merakamkan peristiwa yang menimpa kawan-kawan kita kat sini. Sepatutnya gambar ni, malam kejadianlah patut aku letakkan, tapi aku punya Memori Card dekat handphone ni tak de SD Card Adapter yang boleh plug kat USB aku nih. Nasib baik petang tadi Abang aku ada pinjamkan aku SD Card Adapter dia, jadi hari ni aku berpeluanglah berkongsi dengan anda semua.



Tengoklah wargakota mengharungi banjir ni, hisss kesian


Jalan sesak pasal ramai dok tengok air naik, termasuklah aku sekali, heheeh




Kereta banyak tenggelam dengan banjir

Kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, di harap bersabar menghadapi dugaan dari yang Esa. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmat di sebaliknya. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan di lindungi dari malapetaka dan musibah yang menimpa. Sekian untuk kali ini. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah salah silap kita sendiri. Semoga berjumpa lagi, babaiiiiiii.
Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template