Friday, November 28, 2008

SESAT DI KUALA LUMPUR

Semalam, aku temankan wife aku gi saloon rambut. Dia kata nak gi gunting rambut sebab dah panjang, aku OK je. Sampai kat saloon aku lepak kat luar kerusi saloon tu. Malas nak masuk sebab nampak ramai gak orang. Kat dalam saloon tu aku perhati dari tukang gunting sampai member2 kat situ semuanya "awek tiruan". Ahh..lantaklah diaorang tu. bisik hati aku lah.

Masa lepak kat luar tu, mata aku dok perati kat jalan2 dan kedai2 berdekatan situ. Terpandang aku satu kumpulan "mat motor" berdekatan dengan kedai handphone, sedang tergelak besar dan bersuara agak kuat jugaklah. Bila aku perhati betul2 dan amati di orang tu, baru aku perasan, laa "lelaki tiruan" lah pulak. Hiss apsal lah hari ni aku jumpa benda pelik-pelik kat sini. Adakah ini dah jadi trend atau aku yang ketinggalan zaman.

Aku teringat satu dialog dalam ada satu iklan tu.."Dunia dah maju, Zaman dah berubah". Yaa, mungkin inilah yang harus kita hadapi untuk menjadi negara maju harus menerima apa jua bentuk perubahan. Tapi pernah kah terfikir oleh kita apa yang akan berlaku untuk generasi selepas kita ini. Hanya Allah yg maha mengetahui.

Oleh itu bersamalah kita berdoa agar generasi kita tidak leka dengan dengan hanya mengejar dunia tetapi harus kuat keimanan dan ketakwaan dalam diri agar tidak terpesong dari akidah dan jalan yang lurus. Insyaallah. Sekian


Sesat di Kuala Lumpur

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya.

Lirik lagu dari M.Nasir

0 ulasan:

 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template