Tuesday, November 25, 2008

Musim Berkhatan

Cuti sekolah ni, ramai ibubapa sibuk terutamanya yang mempunyai anak lelaki yang akan Berkhatan atau ada juga di sebut bersunat. Ini merupakan perkara fitrah bagi semua yang beragama islam. Di sini aku ingin berkongsi Hadis Nabi kepada anda semua. Sekian

Kategori : IBADAH Fidyah Kifarah
Tajuk :
Berkhatan
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya:”Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Terdapat lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Riwayat Muslim

Huraian1. Khatan bererti memotong kulit yang menutup "hasyafah" (kepala zakar) lelaki. Berkhatan adalah salah satu keutamaan agama yang disyariatkan Allah kepada hambaNya.
2. Islam tidak mensyaratkan bayi mesti dikhatankan semasa kecil malah ia harus dibuat sama ada anak tersebut masih kecil atau sudah besar. Tetapi lebih afdhal bagi ibu bapa mengkhatankan anak mereka pada hari ketujuh kelahirannya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa kelahiran dua orang cucu baginda.
3. Dari segi kesihatan dan perubatan, berkhatan boleh memelihara kebersihan diri, mengelokkan bentuk tubuh badan, dapat mengelakkan penyakit dan sebagai salah satu cara untuk mengendalikan nafsu syahwat selain dapat membezakan antara muslim dan kafir.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

P/S - ANDA JUGA BOLEH LAYARI LAMAN WEB INI

http://ms.wikipedia.org/wiki/Khatan

0 ulasan:

 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template