Monday, May 11, 2009

Jangan Tegur - Kisah Benar

Salam, berjumpa kita lagi di arena blogger nih. Aku ada cerita misteri yang nak aku kongsikan bersama2 anda semua. Cerita ini bukan rekaan, ia di alami oleh aku sendiri bersama wife, abang dan kakak ipar aku. Jadi duduk betul2, tenangkan minda anda, tarik nafas dan baca dengan tenang. Jika bahasa tidak dapat di fahami, jangan betulkan mata anda. Kejadian ni tidak memerlukan stuntman atau special effect. Baca dan fikir-fikirkan lah.......

Jam menunjukan pukul 10.15 minit malam, bersamaan hari jumaat malam sabtu. Waktu tu aku, wife, abg dan kakak ipar aku dah nak bertolak ke kampung. Yelah, lama jugak aku tak balik, jadi kami mengambil keputusan untuk balik bersama pada waktu malam dan pulang ke KL pada hari Ahad. Bermakna ada masa yang agak lama sikitlah kat sana.

Semasa dalam perjalanan, kami pun singgah di Stesyen minyak Ampang, untuk mengisi minyak yang hampir nak habis ni. Setelah minyak penuh dan keadaan fizikal kereta pun tak ada masalah, maka kami pun meneruskan perjalanan semula.

Walaupun dah malam, tapi keadaan kereta di Jalan Ampang masih lagi sesak. Tak tahulah aku samada dia orang baru balik keje ke atau makan malam ke. Tapi yang pasti malam tu memang ramai dan kereta berpusu2 menuju ke destinasi masing2. Sehinggalah kami sampai di menara tinjau yang berada di puncak bukit di Jalan Ampang, yang mana kalau dari sini kita boleh menikmati pemandangan lampu neon dan keindahan kota metropolitan dan di sini jugaklah kalau di perhatikan ramai anak muda memadu kasih yang palsu, barangkali. Sehinggakan jika di perhati betul-betul banyak kereta 'rosak' di sekitar kawasan lereng2 bukit ni.

Kami masih lagi meneruskan perjalanan. Kalau dari Ampang ni perjalanan ke kampung aku, cuma 1 jam 45 minit je. Sambil berborak2 dari cerita pasal ofis, hingga ke cerita wayang semua dah kami ceritakan. Sampaikan waktu tu cerita seram pun ada jugak aku selitkan. Sedang seronok berbual tu, kami terjumpa sekumpulan budak2 kampung menaiki motosikal. Agak susah jugak nak potong dia orang nih. Maklumlah jalan kampung, sempit sikit, budak2 tu bawak pulak bukan tahu nak ketepi. Aku pun perlahan2, ikut ajelah mereka tu sehingga ada peluang memotong di suatu simpang dan akhirnya aku berjaya memotong mereka, seterusnya memandu dengan lancar ke destinasi seterusnya.

Setelah itu aku dapati semua kat dalam kereta nih dah terlentok, letih, yelah masing baru balik ofis lah kan. Tinggal aku soranglah melayan 'blues' sambil di tiup angin dari aircond kereta yang terpasang. Tiba-tiba aku rasa keadaan agak sunyi dari biasa. Dalam fikiran aku cuma fikir kat kawasan kampung memanglah macam ni keadaannya. Hati aku masa tu rasa lain macam je. Tapi aku tak endahkan sangat lah.

Sekali lagi aku terpaksa memandu perlahan sikit sebab ada motor roda tiga di depan aku. Yang agak lucunya, aku tengok 'brother' yang bawak motor tu walaupun boleh muat untuk dua orang tapi, wife dia boleh pergi duduk kat dalam bekas barang motosikal. Aku pulak masa tu pergi tegur pulak, "apa pesen pulak mamat motor nih, ada ke awek dia duduk kat tempat barang tu? Lepas tu aku tengok abang aku macam terjaga sikit, dia pandang lepas tu tertidur balik. Aku terus memotong motor tu. Tapi yang agak ganjil nya, mamat tu macam tak peduli pun aku potong. Gaya dia macam aku ni tak ujud je. Dia buat rilek je, tak de nak ketepi atau pandang kereta ni ke. Aku pun buat selamba jugaklah kan. Dan teruskan lagi perjalanan.

Masa nih mula aku rasa tak sedap hati, pertama aku tak jumpa lagi jambatan simpang ke Ulu Langat. Yang keduanya aku berjumpa dengan sekumpulan orang yang seolah2 baru balik dari kenduri. Ada lelaki, ada perempuan, budak2 pun ada. Yang paling tak masuk akal tu, budak2 tu siap bawak belon lagi. Apa ke jadahnya malam2 buta keluar nih, kata aku lagi. Sekali lagi abang aku terjaga. Dia pun macam terkejut jugak tengok orang ramai2 kat kawasan tu. Dan bila aku mula potong dia orang tu, sekali lagi aku perasan macam kereta ni tak ujud. Mereka tu berjalan tanpa berkata2 sesama sendiri pun. Diam dan tunduk je. Aku pun terus tekan minyak dan berlalu.

Dalam keadaan yang banyak tanda tanya dalam kepala aku ni, terpandang aku satu papan tanda tertulis Pangsun. Dalam hati aku terfikir, tak pernah pulak aku balik kampung lalu Pangsun nih. Tiba2 aku sampai kat pintu gerbang jalan nak menuju ke Gunung Nuang. "Astagfirullah, aku dah sesat. Macam mana boleh jadi macam ni'. Agak kuat jugak suara aku masa tu. Abang, wife dan kakak ipar aku terjaga. Mereka pun terkejutlah bila aku cakap macam tu. Jadi masing2 dah rasa lain macam. Sewaktu nak berpatah balik tu, sekumpulan budak motor yang aku jumpa tadi pun sampai. Salah seorang dari mereka memberi isyarat untuk U turn kat depan sikit. Tapi satu suara pun aku tak dengar dari kumpulan motor ni. Aku pun terus patah balik. Siapa mereka tu, aku tak tau. Dan apa yang dia orang nak buat kat Gunung tu pun aku tak nak tau.

Kalau di fikirkan, waktu aku nak patah balik ni, mesti aku akan jumpa dengan sekumpulan orang yang macam baru balik kenduri tadi tu. Tapi apa yang aku nampak cuma hutan2 dan keadaan yang gelap gelita di sekeliling je. Hiss ...rasa meremang jugak masa tu. Aku masa tu cuma berserah pada Allah dan membaca ayat Kursi semoga di beri jalan agar dapat segera keluar dari keadaan yang misteri ni. Lebih kurang 20 minit baru aku jumpa jambatan ke Ulu Langat seterusnya ke Genting Sempah dan menuju kampung aku di Kuala Klawang.

Alhamdulilah, akhirnya kami sampai di kampung dengan selamat. Cuma agak lewat dalam sejam. Mungkin masa tu aku telah di bawa ke dunia lain, tak tahulah. Apa2 pun peristiwa ini memberi satu iktibar dan kesedaran tentang kekuasaan Allah taala yang mana walaupun aku dah biasa dengan jalan ni, dan kalau tanpa keizinannya kita pun boleh tersesat. Jadi walau kita dalam keadaan apa pun, sentiasalah ingat akan Allah. Semoga cerita ini memberi sedikit keinsafan betapa kerdilnya kita di dunia ini. Semoga anda berbahagia selalu dan jangan biarkan hidup anda di seliputi MISTERIIIIII...Babaiiii

2 ulasan:

Muhammad Ibnu Nazir on May 11, 2009 at 6:03 PM said...

Salam..satu cerita intonasi dan olahan yang baik, penuh tanda tanya dalam cerita itu, tapi hanya mereka-mereka sahaja yang terpilih untuk melalui suasana pelik macam ini. tapi tidak mengapa, ujian Allah luas, beerti lebih kepada tahap keimanan dan kesabaran kita selama ini. Peristiwa ini mungkin menjadi ikhtibar yang berguna untuk semua insan.
Apa yang hendak dikongsikan di sini adalah, memulakan perjalanan dengan mengigati Allah s.w.t (berdoa) perlu untuk kesejahreraan semasa dalam perjalanan. Para ulama-ulama berpendapat bahawa rupa atau wajah hantu atau syaitan yang sering digembar gemburkan manusia itu tidak dapat diolahkan atau digambarkan akan rupa sebenar syaitan, hanya Allah swt yang Maha mengetahui segala bentuk wajah syaitan2 tersebut, cuma, ekoran dari satu sifat manusia yang sering menamakan syaitan itu berupa begini dan begitu adalah mustahil kerana dalam hadith dan Al-quran tidak menyatakan bentuk badan dan rupa syaitan tersebut.
Maka dengan itu, lahirkanlah satu kelompok jiwa yang tenang dan senantiasa mengigati Allah swt, disepanjang perjalanan kita, semoga anda semua dirahmati dan dikasihi olehNya..InsyaAllah.

mahadir on May 14, 2009 at 4:40 AM said...

salam, terima kasih atas nasihat dan pendapat anda. semuga kita semua mendapat pengajaran dan bersama berkongsi segala maklumat. semoga kita dilindungi dan mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Amin.

 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template