Wednesday, January 28, 2009

cuti cara aku - part 3













Jumaaat 23 Januari 2009, Aku bergegas nak balik dari ofis pasal aku nak pulang ke kampung aku di Jelebu malam ni. Waktu tu keadaan agak sesak kerana wargakota ramai dah nak meninggalkan kota untuk bercuti sempena menyambut Tahun Baru Cina. Aku sampai kat Jelebu lebih kurang pukul 2.30 pagi pasal lambat gerak. KL jem giler masa tu.

Sebenarnya aku kena balik awal ni bukan apa, cuma pada hari Sabtu 24 Januari 2009, aku nak pergi Melaka untuk satu majlis perkahwinan sebelah wife aku. Kat Melaka tu pulak aku dah booking Apartment A'famosa untuk aku sekeluarga (termasuk adik wife aku jugaklah). Jadi kami akan bermalam kat situ untuk menghadiri majlis perkahwinan pada hari Ahad 25 Januari 2009. So dari kampung aku, kitaorang bergerak dalam pukul 1.30 tengahari menuju ke Melaka.

Pada sebelah malam hari Ahad, semua warga Malaysia yang berbangsa cina akan menyambut Gong Xi Fa Chai. Aku jugak tak terkecuali kerana waktu itu aku berada di Melaka, jadi sepupu sebelah wife aku ni, mix chinese, jadi ramai family chinese dia akan makan besar dekat satu restoran vegetarian di Melaka ni. Dia orang jemput aku sekali. Aku ok je, orang nak belanja kan! Asalkan makanan kat situ halal aku 'ON' je..heheh. Memang banyak menu yang di hidangkan, lepas satu habis sampai satu lagi, macam marathon lah pulak. Tercungap jugak aku nak habiskan makanan tu, yelah kalau tak habis kang rugi je. Tak baik membazirkan. Lepas semua dah selesai dan dah salam-salam semua (macam hari Raya lah pulak) kitaorang pun berpecah menuju ke destinasi masing-masing. Aku waktu tu balik kampung aku kat Jelebu semula. Sampai kat kampung lebih kurang pukul 10.30 malam.

Biasalah kalau kat kampung ni, aktiviti dia makan dan tido je lah aku, heheheh. Aku masa ni tak berapa sihat. Demam selsema lah pulak. Dah banyak air kelapa aku minum sampai kempung dah perut pun, still tak kebah panas badan aku. Jadi aku pikir balik dari kampung ni baru pergi kliniklah. Masa aku tulis blog ni pun ada tak sihat sangat lagi, tapi takut lupa pulak apa nak tulis nanti, aku pun duduk jugaklah nak kongsi pengalaman cuti aku kepada anda semua. Semoga berbahagia selalu, senyum-senyum selalu dan sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang kurang ni dari diri aku sendiri. Semoga berjumpa lagi, ba..byeeee!!!!!

0 ulasan:

 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template