Thursday, July 2, 2009

Layan Blues

Salam, bersua kita semula di arena blogger nih. Apa khabar semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Malam semalam, aku lepak sekejap ngan wife kat warung makan di bawah jambatan Highway DUKE di kawasan Ampang Ulu Klang. Tempat dia oklah bagi aku. Walaupun dia terletak di tepi jalan tetapi jika masuk ke kawasan tersebut, kita terasa seperti di kawasan kampung pulak. Mana taknya, dengan pokok dan design gerai makan dia dari kayu, memang rasa macam kampunglah..

Tengah duduk sambil meneguk segelas teh tarik dan makan roti john, manakala wife aku makan keow teow kungfu, kami pula di saji dengan lagu2 lama dalam arena 80an seperti Blues Gang, Sweet Charity, Ibnor Riza dan sebagainya. Tapi ada satu lagu yang aku dah lama tak dengar lagu dari Blues Gang, Cinta oh Cinta. Jadi aku nak kongsi sikit lagu nih dengan korang semua, dan bayangkan lah sambil minum teh tarik pada waktu malam dengan suasana yang tenang dan damai, fuhhh layan beb. hehheeh.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, jumpa lagi babai...


Cinta Oh Cinta - Blues Gang
Continue Reading...

Friday, June 26, 2009

Tonton Drama dan Wayang

Salam, bersua kita semula dalam arena blogging ni. Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi. Baru2 ni aku agak terasa bosan bila nak membaca atau menulis di internet ni. Jadi sepanjang masa tu, aku hanya melayan cerita2 filem atau drama dari youtube. Tiba2 aku terfikir pulak kalau apa kata aku syer cerita yang aku dah tengok dan apa yang kawan2 aku suka tengok, di letakkan di bawah satu blog yang aku namakan DRAMA DAN WAYANG.

Cerita2 ni cuma pautan dari youtube yang di upload oleh pengemar cerita2 dari internet ni. Cuma aku menumpangkan saja pautan di dalam blog aku ni bagi memeriahkan lagi arena blogger yang ada. Di harap kawan2 semua dapat menonton terus dari blog aku ni dan blog ini akan sentiasa di updatekan kepada anda semua. Insyallah.

Jika berkelapangan tu, layarilah laman blog ini : http://dramawayang.blogspot.com

Akhirkata selamat menonton. Sekian babaiiii..
Continue Reading...

Thursday, June 18, 2009

Seminar Blogging Workshop

Salam, lama sungguh aku tak update blog ni. Alhamdulilah hari ini aku ada sedikit kelapangan dan buah fikiran untuk di kongsikan bersama rakan2 sekelian.

Hari ini aku ada cerita yang biasa tetapi kekadang membuat kita terfikir tentang keikhlasan manusia sesama manusia dalam membantu merialisasikan cita-cita dan harapan masyarakat di Malaysia ini.


Semalam aku ada dapat panggilan dari seorang kawan yang mengajak aku untuk mengikuti seminar selama 2 jam mengenai bagaimana menjana pendapatan dari Blogger di Internet. Memandangkan seminar tu percuma maka aku pun kata oklah. Masa seminar tu pun, aku tak berapa busy, jadi boleh pergi lepas waktu kerja nanti.

Masa aku sampai ke tempat yg di janjikan, berjumpa pulak aku dengan salah sorang lagi kawan lama masa kecik2 dulu, pun ada join seminar ni. Dia ni pulak di ajak oleh member aku yang pelawa aku dengar seminar ni. Jadi rasa macam REUNION pulak, walau pun cuma bertiga tetapi itulah antara kawan sepermainan aku macam kecik2 dulu. Haiii...cepatnya masa berlalu.

Sampai kat Armada Hotel, tempat di mana seminar itu di adakan, kelihatan ramai juga yang hadir. Dalam lingkungan 50 orang. Dalam hati aku berkata, hebat jugak ni. Apalah yang akan dia orang kongsikan agaknya ye. Seminar bermula. Intro ok, walaupun speaker dia agak tak berapa confident untuk berucap. Dia pun mulalah menunjukkan beberapa income yang di perolehi oleh Blogger2 yang terdapat di internet dan jenis2 blog yang mendapat tempat dan popular yang biasa di kunjungi oleh pelayar internet.

Agak seronok juga bila tengok orang boleh buat duit dari internet ni, tapi hati mula tertanya-tanya bagaimana pulak nak dapatkan income tu dan nak berdaftar di mana? Itu tak pulak speaker tu ceritakan. Apa yang beliau lebih tekankan, total income yang di perolehi oleh Blogger2 di internet. Rupa2nya di akhir seminar, organizer seminar ni akan mengadakan kelas bagaimana untuk menjadi seperti Blogger2 yang berjaya seperti yang di ceritakan sebelum itu.
Dan kelasnya pulak di bayar sebanyak RM3999 sepatutnya, dan sesiapa yang berdaftar hari itu akan mendapat diskaun di bayar sebanyak RM 2999 kononnya. Kalau tak mampu nak bayar penuh boleh bayar secara bulanan mengunakan Kad Kredit. Omak aiiiii...kata hati aku. Itu baru kelas nya. Confirm ke boleh balik Modal. Bisik hati aku lagi.

Tapi bagi akulah, kalau orang boleh buat duit dari internet dan menjadi jutawan, mesti dia orang tak akan berkongi atau memberi tips 100% tentang kejayaan mereka. Baik dia pulun dulu, bila dah rasa terumbang ambing tu barulah nak berkongi kononnya untuk membantu mereka yang perlu. Tetapi pada hakikatnya, mereka hanya ingin mengecapi kejayaan dan keuntungan semata2.

Moral dari cerita aku ini, tak ada benda yang percuma di dunia ni terutamanya pada zaman sekarang ni. Manusia lebih mengejar kebendaan dan keuntungan dunia sahaja, tanpa memikirkan kesusahan dan kepayahan orang lain yang lebih memerlukan pertolongan.

Jadi akhirkata, janganlah terlalu mengejar dunia, dan akhirnya dunia pulak perlu kita tinggalkan. Carilah ilmu untuk akhirat, agar hidup lebih selamat, tempat yang kekal abadi. Insyallah. Akhirkata semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan di berkati. Semoga berjumpa lagi..babaiiiii...
Continue Reading...

Friday, May 15, 2009

Biar Betul.....Terkena aku!!!!

Salam, berjumpa lagi pada kali ini. Selalunya bila kita bukak cerita pasal MISTERI atau SERAM ke, ramai di kalangan kita yang berminat nak tau lebih lanjut. Macam cerita aku dalam blog minggu lepas -(jangan tegur-kisah benar) telah menarik minat ramai kalangan kawan2 aku yang mengikuti blog ni yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Tapi bagi aku cukuplah setakat tu, sekadar Berita kepada Kawan kan..heheheh.

Tapi pada kali ni, aku ada cerita MISTERI juga, tapi di ceritakan oleh kawan lama aku masa pergi minum2 di Bangsar. Begini ceritanya.....

Kisah ni berlaku tiga tahun lepas, di mana kawan aku ni pernah membawa teksi 'part time' untuk waktu malam je. Yelah duduk KL ni kena kerja keras sikit, katanya. Waktu tu dah kira sebulan dia mengunakan teksi kawannya yang di sewa. Selalunya pukul 1.00 pagi baru sampai rumah. Memang betul punye keras keje nih...heheh, katanya lagi.

Pada satu malam tu, lebih kurang pukul 12.30 malam, dia dalam perjalanan balik ke rumah dari PJ menuju ke Sungai Buluh. Masa tu badan dia agak kurang sihat sikit. Mungkin terlalu berembun atau tak cukup rehat barangkali. Waktu tu, dia tengah layan lagu2 yang heavy metal sikit, nak hilangkan ngantuk katanya. Tapi aku pun tak tau pulak dia minat lagu2 rock. Setahu aku dia ni 'Mat Bunga'. Kalau lagu2 jiwang karat tu, memang kegemaran dia lah, lebih2 lagi lagu 'rindu serindu-rindunya nyanyian Spoon ke Spin, aku pun tak pasti. Tak dapat nak aku bayangkan macam mana dia boleh layan lagu jiwang nih. Tiba2 boleh layan Metal pulak. Mungkin dah lama tak jumpa, angin dia dah berubah kot. Dari Mat Bunga ke Mat Metal, heheh.. fikir aku dalam hati lah.

Berbalik pada cerita yang tadi, masa dia tengah memandu tu, ternampak dia seorang 'nenek' sedang menahan teksinya sambil memegang sesuatu di tangan. Waktu tu pandangan agak kabur. Maklumlah tengah malam. Embun jantan pun mula nak turun. Dia waktu tu terfikir nak berhenti ke tak? Sebabkan rasa kesian dia pun berhentilah. "Nenek nak pergi mana"? dia bertanya sambil menurunkan cermin teksinya. Nenek nak pergi Puchong. Oklah nenek, naiklah nanti saya hantarkan. Lepas tu dia pun gerak.

Dalam teksi lebih kurang 15 minit perjalanan, tak ada apa-apa perbualan pun antara member aku ni, dengan nenek tersebut. Tak lama lepas tu member aku pun bertanya, "Nek, kita dah kat puchong ni, nenek nak berhenti kat mana. Nenek tu diam je. Member aku tanya lagi, nenek tu tetap membisu. Masa tu, dia tengok dari cermin pandang belakang, muka nenek tu seakan berkerut2. Tiba2 member aku terasa berdebar2. Mula terbayang perkara2 yang menakutkan. Bulu roma terasa seakan berdiri.

Perlahan2 dia terbau sesuatu yang busuk, semakin lama semakin menusuk setiap rongga2 hidungnya. Member aku dah tak tahan. Dia cuba perhatikan dari dari cermin belakang. Nenek tu memandangnya, seakan tersenyum sambil menampakkan ruang2 giginya yang jarang. Member aku semakin kecut perut. Kaki dah mula rasa kebas2, tiba2 nenek tu bersuara, anak boleh berhenti kat sini je. sambil menghulurkan duit. Peluh jantan mula terasa, bila nenek tu ketawa kecil sambil perhatikan member aku nih. Sebelum keluar dari teksi, sambil memegang pintu, nenek tu bersuara, "anak, maaf ye! Nenek terkontut tadi, banyak makan tolo(telur) agaknya..

Cisss...biar betul kau ni, terkena aku!!! Masa tu member aku dah gelak gila baban betul. Seronok dia dapat kenakan aku. Ahhh, aku bukan tak tau cerita ni, dah lama orang buat modal dah. Kata aku. Tapi lepas tu aku join gelak jugak dengan dia. Saja ambik hati, nak bagi dia seronok..heheheh. Lepas nih siap kau, kata aku dalam hati..(acah je).

Oklah semua, cerita ni bukan apa2, saja nak bagi sedikit hiburan dan gurauan. Jangan marah yek. Semoga anda semua terhibur dan bergembira sentiasa. Jaga diri baik-baik. Sayangi warga tua..heheh. Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia ni. Akhir kata, jangan biarkan hidup anda di seliputi MISTERIIIIII...Babaiiiii.
Continue Reading...

Monday, May 11, 2009

Jangan Tegur - Kisah Benar

Salam, berjumpa kita lagi di arena blogger nih. Aku ada cerita misteri yang nak aku kongsikan bersama2 anda semua. Cerita ini bukan rekaan, ia di alami oleh aku sendiri bersama wife, abang dan kakak ipar aku. Jadi duduk betul2, tenangkan minda anda, tarik nafas dan baca dengan tenang. Jika bahasa tidak dapat di fahami, jangan betulkan mata anda. Kejadian ni tidak memerlukan stuntman atau special effect. Baca dan fikir-fikirkan lah.......

Jam menunjukan pukul 10.15 minit malam, bersamaan hari jumaat malam sabtu. Waktu tu aku, wife, abg dan kakak ipar aku dah nak bertolak ke kampung. Yelah, lama jugak aku tak balik, jadi kami mengambil keputusan untuk balik bersama pada waktu malam dan pulang ke KL pada hari Ahad. Bermakna ada masa yang agak lama sikitlah kat sana.

Semasa dalam perjalanan, kami pun singgah di Stesyen minyak Ampang, untuk mengisi minyak yang hampir nak habis ni. Setelah minyak penuh dan keadaan fizikal kereta pun tak ada masalah, maka kami pun meneruskan perjalanan semula.

Walaupun dah malam, tapi keadaan kereta di Jalan Ampang masih lagi sesak. Tak tahulah aku samada dia orang baru balik keje ke atau makan malam ke. Tapi yang pasti malam tu memang ramai dan kereta berpusu2 menuju ke destinasi masing2. Sehinggalah kami sampai di menara tinjau yang berada di puncak bukit di Jalan Ampang, yang mana kalau dari sini kita boleh menikmati pemandangan lampu neon dan keindahan kota metropolitan dan di sini jugaklah kalau di perhatikan ramai anak muda memadu kasih yang palsu, barangkali. Sehinggakan jika di perhati betul-betul banyak kereta 'rosak' di sekitar kawasan lereng2 bukit ni.

Kami masih lagi meneruskan perjalanan. Kalau dari Ampang ni perjalanan ke kampung aku, cuma 1 jam 45 minit je. Sambil berborak2 dari cerita pasal ofis, hingga ke cerita wayang semua dah kami ceritakan. Sampaikan waktu tu cerita seram pun ada jugak aku selitkan. Sedang seronok berbual tu, kami terjumpa sekumpulan budak2 kampung menaiki motosikal. Agak susah jugak nak potong dia orang nih. Maklumlah jalan kampung, sempit sikit, budak2 tu bawak pulak bukan tahu nak ketepi. Aku pun perlahan2, ikut ajelah mereka tu sehingga ada peluang memotong di suatu simpang dan akhirnya aku berjaya memotong mereka, seterusnya memandu dengan lancar ke destinasi seterusnya.

Setelah itu aku dapati semua kat dalam kereta nih dah terlentok, letih, yelah masing baru balik ofis lah kan. Tinggal aku soranglah melayan 'blues' sambil di tiup angin dari aircond kereta yang terpasang. Tiba-tiba aku rasa keadaan agak sunyi dari biasa. Dalam fikiran aku cuma fikir kat kawasan kampung memanglah macam ni keadaannya. Hati aku masa tu rasa lain macam je. Tapi aku tak endahkan sangat lah.

Sekali lagi aku terpaksa memandu perlahan sikit sebab ada motor roda tiga di depan aku. Yang agak lucunya, aku tengok 'brother' yang bawak motor tu walaupun boleh muat untuk dua orang tapi, wife dia boleh pergi duduk kat dalam bekas barang motosikal. Aku pulak masa tu pergi tegur pulak, "apa pesen pulak mamat motor nih, ada ke awek dia duduk kat tempat barang tu? Lepas tu aku tengok abang aku macam terjaga sikit, dia pandang lepas tu tertidur balik. Aku terus memotong motor tu. Tapi yang agak ganjil nya, mamat tu macam tak peduli pun aku potong. Gaya dia macam aku ni tak ujud je. Dia buat rilek je, tak de nak ketepi atau pandang kereta ni ke. Aku pun buat selamba jugaklah kan. Dan teruskan lagi perjalanan.

Masa nih mula aku rasa tak sedap hati, pertama aku tak jumpa lagi jambatan simpang ke Ulu Langat. Yang keduanya aku berjumpa dengan sekumpulan orang yang seolah2 baru balik dari kenduri. Ada lelaki, ada perempuan, budak2 pun ada. Yang paling tak masuk akal tu, budak2 tu siap bawak belon lagi. Apa ke jadahnya malam2 buta keluar nih, kata aku lagi. Sekali lagi abang aku terjaga. Dia pun macam terkejut jugak tengok orang ramai2 kat kawasan tu. Dan bila aku mula potong dia orang tu, sekali lagi aku perasan macam kereta ni tak ujud. Mereka tu berjalan tanpa berkata2 sesama sendiri pun. Diam dan tunduk je. Aku pun terus tekan minyak dan berlalu.

Dalam keadaan yang banyak tanda tanya dalam kepala aku ni, terpandang aku satu papan tanda tertulis Pangsun. Dalam hati aku terfikir, tak pernah pulak aku balik kampung lalu Pangsun nih. Tiba2 aku sampai kat pintu gerbang jalan nak menuju ke Gunung Nuang. "Astagfirullah, aku dah sesat. Macam mana boleh jadi macam ni'. Agak kuat jugak suara aku masa tu. Abang, wife dan kakak ipar aku terjaga. Mereka pun terkejutlah bila aku cakap macam tu. Jadi masing2 dah rasa lain macam. Sewaktu nak berpatah balik tu, sekumpulan budak motor yang aku jumpa tadi pun sampai. Salah seorang dari mereka memberi isyarat untuk U turn kat depan sikit. Tapi satu suara pun aku tak dengar dari kumpulan motor ni. Aku pun terus patah balik. Siapa mereka tu, aku tak tau. Dan apa yang dia orang nak buat kat Gunung tu pun aku tak nak tau.

Kalau di fikirkan, waktu aku nak patah balik ni, mesti aku akan jumpa dengan sekumpulan orang yang macam baru balik kenduri tadi tu. Tapi apa yang aku nampak cuma hutan2 dan keadaan yang gelap gelita di sekeliling je. Hiss ...rasa meremang jugak masa tu. Aku masa tu cuma berserah pada Allah dan membaca ayat Kursi semoga di beri jalan agar dapat segera keluar dari keadaan yang misteri ni. Lebih kurang 20 minit baru aku jumpa jambatan ke Ulu Langat seterusnya ke Genting Sempah dan menuju kampung aku di Kuala Klawang.

Alhamdulilah, akhirnya kami sampai di kampung dengan selamat. Cuma agak lewat dalam sejam. Mungkin masa tu aku telah di bawa ke dunia lain, tak tahulah. Apa2 pun peristiwa ini memberi satu iktibar dan kesedaran tentang kekuasaan Allah taala yang mana walaupun aku dah biasa dengan jalan ni, dan kalau tanpa keizinannya kita pun boleh tersesat. Jadi walau kita dalam keadaan apa pun, sentiasalah ingat akan Allah. Semoga cerita ini memberi sedikit keinsafan betapa kerdilnya kita di dunia ini. Semoga anda berbahagia selalu dan jangan biarkan hidup anda di seliputi MISTERIIIIII...Babaiiii
Continue Reading...
 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template