Tuesday, December 9, 2008

Satu Hari di Hari Raya

Sayup-sayup terdengar gema takbir berkumandang di sana sini. Malam tu aku tido agak lewat, Biasalah malam raya. Kebetulan baru balik dari rumah adik ipar, Sampai rumah pukul 12.00 pagi. Mata tak ngantuk lagi. Aku pun bukak tv la layan cerita yang ada sementara tunggu mata ngantuk.

Lepas tu aku teringat sebelum keluar tu, wife aku ada buatkan aku kopi panas - "mai secawan" yang di letakkan dalam Bekas air tahan panas. So, air tu still panas la. Aku pun layan la kopi tu, sambil menikmat udara sepoi-sepoi dari luar. Habis la satu bekas tu aku balun. mmmm, lepas tu mulalah mata terkebil-kebil je tak mau lelap.

Aku kata. tak leh jadi nihh, esok nak bangun pagi, nak pegi solat sunat aidiladha. Aku kalau boleh tak nak la miss lagi cam tahun lepas. Ingatkan solat pukul 8.30 pagi. entah macam mana dia orang boleh awalkan waktu tu solat pukul 8.00 pagi pulak.Agaknya lembu banyak nak sembelih kot.

Aku dengan selamber rock masa tu datang dengan penuh gaya, mutu dan keunggulannya terus je duduk kat masjid tu ingat nak tunggu solat. tiba-tiba je imam bangun baca kutbah. Ehh..aku tanya kat brother sebelah tu, "dah solat ke"? Brother tu angguk je. "Alamak" kata hati aku. Aku pun dengan selamber terus jelah dengar kutbah tu sampai habis. Lepas tu salam-salam dan balik lah..heheh.

Itu ceria tahun lepas la. Jadi camne nak bagi ngantuk nih. Aku pun ambil la apa2 buku kat loker aku tu, sambil baring aku tenung la buku tu sampai rasa mamai sikit. Tah apa aku baca pun aku tak ingat sedar-sedar dah azan subuh. Aku pun bangunlah, mandi dan selesaikan tanggungjawab yang perlu di selesaikan. Pukul 7.30 pagi aku pun keluar. Cuaca masa tu mendung sikit. Aku ingat nak naik moto pergi masjid so aku standby jelah baju hujan, manalah tau kot2 hujan pulak kang.

Sampai kat masjid orang ramai tengah takbir. Aku pun perhatilah kat papan kenyataan tu. Laa..rupanya solat pukul 8.30 pagi pulak..mmm aku ingat ini mesti kes tahun lepas ramai yang miss solat sunat aidiladha ni, so dia orang tukar balik waktu macam biasa. Selepas solat, khutbah pun bermula. Masa hujung2 khutbah tu tiba2 hujan turun. "Dah agak dah" kata hati aku. Nasib baik dah standby baju hujan. Habis Khutbah aku sarung baju hujan, start moto dan jalan.


Sebelum sampai rumah terhidu pulak bau lemang panas...fuhh sedap nihh.."Hujan-hujan ni kena lemang panas nih, power nihh". Aku berhenti belilah sebatang buat lepas gian je..heheheh. Sampai kat umah aku pun breakfast dengan wife pekena lemang dengan rendang ayam, sup tulang pun ada, nasi impit pun ada, pendek kata layanlah juga.

Tak lama lepas tu jiran pun sampai, aku pun borak-boraklah dengan diorang sampai dia orang balik. Bila petangnya pulak, hujan masih turun lagi. Aku dengan wife pun memang tak de pegi mana. Lepak kat rumah sambil pekena sup dan nasi impit. Lemang yang dah sejuk tu pun aku belasah sampai habis. Sampaikan kucing aku pun bosan tengok aku, sebab selalu jarang ada rumah, hari ni pulak satu hari kat umah.hheheh
Pada malamnya, aku ngan wife lepas kat McD, bukan makan apa pun, French fries dengan air coke je. Saja melepakkan diri sambil perhati gelagat orang yang berbagai rupa, berbagai citarasa dan berbagai gelagatnya.

Begitu jelah kenangan yang dapat di kongsikan bersama anda semua. Yang baik datangnya dari yang Esa, yang kurangnya datang dari diri aku sendiri. Semoga berbahagia selalu, majulah sukan untuk negara. Sekian.

Satu Hari Di Hari Raya - M. Nasir



Lemang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya.

Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

Resepi

Bahan-bahan

1. 1 kg beras pulut
2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
3. Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
2. Gulong daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
3. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.

0 ulasan:

 

Text

Berita Kepada Kawan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template